• Home
  • Halangan Berarak Kikis Kebebasan Perhimpunan

Halangan Berarak Kikis Kebebasan Perhimpunan

Polis sepatutnya menjadi pembela kebebasan perhimpunan, bukan penindas. Oleh itu, polis seharusnya melindungi hak berkumpul dan berarak secara aman oleh para peguam, bukannya menghalang mereka daripada berarak secara aman ke Parlimen. Ini melanggar kebebasan perhimpunan dan menimbul suasana ketakutan.

Hari ini, Badan Peguam Malaysia telah mengadakan perarakan ‘Walk for Justice’ di mana ramai anggota polis telah hadir di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Polis telah membentuk tembok manusia untuk menghalang peguam berarak ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum.

Peguam sebagai salah satu barisan pertahanan keadilan telah mengadakan perarakan ‘Walk for Justice’ susulan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menyiasat hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berdasarkan tuduhan Raja Petra yang tidak berdasar. Para peguam dengan ini mengundi semasa mesyuarat agung luar biasa untuk berhimpun secara aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung “intimidasi” terhadap badan kehakiman. 

Badan Peguam Malaysia mematuh Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang mewajibkan pemberitahuan kepada polis lima hari sebelum mengadakan perhimpunan. Pihak polis juga membenarkan perhimpunan tetapi melarang perarakan. Ini menimbulkan kecurigaan tentang penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

Kerajaan Pakatan Harapan pernah mengemukakan pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 pada tahun 2019 dan mencadangkan agar istilah “bantahan jalanan” atau “demonstrasi jalanan” dipadam.

Oleh itu, polis tidak sepatutnya melarang perhimpunan aman dan perarakan. Sebaliknya, mereka seharusnya mengawal lalu lintas dan menjamin keselamatan peserta perhimpunan aman. Pihak polis tidak wajar menghalang peserta atau mengambil gambar dan video yang banyak sebagai bukti pelanggaran peraturan.

Perlembagaan negara kita dengan jelas menjamin kebebasan untuk bersuara, berkumpul, dan berpersatuan di bawah Artikel 10.

Malaysia secara rasmi telah memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’. Demonstrasi yang dilakukan di terbuka tidak sepatutnya mengalami kawalan yang ketat. Sebaliknya, hak rakyat untuk berkumpul seperti yang dijamin oleh Perlembagaan sepatutnya dipelihara.

Namun, polis kini sekali lagi menimbul suasana ketakutan dengan penyiasatan peserta perarakan ‘Walk for Justice’ di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Ini melanggar hak rakyat berhimpun dengan aman seperti dijamin di bawah Perlembagaan.

Masa depan kebebasan bersuara di negara kita menjadi sangat membimbangkan apabila pihak polis berulang kali menggunakan pelbagai akta untuk menyekat kebebasan bersuara, termasuk para peguam yang lebih memahami undang-undang juga tidak terkecuali!

Sumber Gambar Cover: Nanyang Siang Pau

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758