• Home
  • Kerajaan Diminta Segera Menghapuskan Larangan Eksport Ayam untuk Elakkan Kerugian Para Penternak

Kerajaan Diminta Segera Menghapuskan Larangan Eksport Ayam untuk Elakkan Kerugian Para Penternak

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, telah menyatakan pada akhir bulan Ogos bahawa Malaysia dijangka akan meluluskan kilang ayam tertentu untuk memulakan semula pengeksport ayam pada bulan Oktober, namun tarikh yang pasti belum diumumkan.

Kini tibanya bulan Oktober, desas-desus pembubaran parlimen semakin kencang, namun Timbalan Menteri Pertanian hanya menyatakan bahawa kerajaan dijangka akan menghapuskan larangan eksport ayam dalam bulan ini. Memandang tarikh yang tepat belum ditetapkan, para penternak hanya boleh menunggu maklumat lanjut.

Kini, pasaran menghadapi masalah lebihan ayam yang telah berlangsung lebih daripada dua bulan. Menurut data Kementerian Pertanian, tahap sara diri (SSL) ayam telah mencapai 104%, iaitu melebihi permintaan pasar domestik. Bekalan ayam di pasaran juga sudah kembali ke tahap normal, sehingga kerajaan didesak untuk menghapuskan larangan eksport ayam di bawah syarat tertentu untuk mengelak penternak daripada terus menaggung kerugian.

Sejak kerajaan tergesa-gesa menerapkan larangan eksport ayam pada 1 Jun, pasaran eksport ayam kita seperti Singapura telah mencari sumber alternatif, seperti mengimport dari Brazil, Thailand, Indonesia dan lebih daripada 20 negara yang lain termasuk Australia. Larangan eksport ayam yang terus berlanjut akan mengganggu pasaran eksport ayam dan mengurangi sumber pendapatan mata wang asing dan peluang perniagaan negara kita.

Sepertiga daging ayam di Singapura diimport dari Malaysia. Ayam Malaysia juga dieksport ke Thailand, Jepun, Hong Kong dan Brunei. Oleh itu, kerajaan harus membenarkan semula eksport komoditi ayam untuk mengelakkan penjejasan daya saing ayam Malaysia. Daya saing ini dapat mempengaruhi pasaran eksport pada masa depan dan mampu menyebabkan kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia. 

Akibat konflik Ukraine yang menyebabkan kenaikan harga makanan ternakan, kekurangan tenaga kerja asing di negara kita setelah pandemik serta penetapan harga siling ayam, pengeksportan ke luar negera dapat membantu membiayai modal dan meningkatkan keuntungan para penternak ayam. Jika tidak, mereka hanya boleh terus bertungkus-lumus sambil menghadapi risiko kebankrapan.

Situasi lebihan ayam yang telah berlangsung selama dua bulan kini menyebabkan para penternak menghadapi masalah penjualan akibat ketidakmampuan untuk mengeksport. Ini akan menyebabkan kesusahan hidup para penternak dan memperburuk situasi lebihan di pasaran domestik. Akhirnya, ayam terpaksa dijual dengan harga murah dan menyebabkan kerugian para peternak.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758