• Home
  • Utamakan Hak Pekerja Ulang Alik Harian ke Singapura

Utamakan Hak Pekerja Ulang Alik Harian ke Singapura

Saya telah menerima maklum balas daripada warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura. Masalah yang dihadapi oleh mereka akan bertambah serius susulan aktiviti rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia dilanjutkan. Kerajaan Malaysia diminta untuk memberi perhatian terhadap hak mereka untuk memperbaharui pasport.

Sistem temu janji Imigresen Malaysia di Singapura mungkin mengalami kekangan teknikal dan menyebabkan kakitangan kedutaan terpaksa menguruskan permohonan dan temu janji pembaharuan pasport yang berjumlah besar secara manual .

Jika pasport tidak dapat diperbaharui, ramai warganegara Malaysia yang merupakan kelas pekerja menengah dan bawah di Singapura tidak dapat memperbaharui permit kerja mereka dan secara tidak langsungnya menyebabkan masalah pengangguran bagi sebahagian orang.

Saya menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen meperkenalkan solusi alternatif dengan menyediakan sumber dan teknologi yang cukup untuk menyokong kedutaan di Singapura dengan kadar segera. Hal ini dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh warganegara Malaysia di Singapura.

Sumber Gambar Cover: Sin Chew

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758