• Home
  • UMNO Kurang Empati Terhadap Banjir, Pengundi Perlu Menolak BN Dalam Pilihan Raya

UMNO Kurang Empati Terhadap Banjir, Pengundi Perlu Menolak BN Dalam Pilihan Raya

Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan menyatakan bahawa kalau hujan, pakailah payung untuk mengundi dan banjir adalah bencana alam yang boleh ditangani. Ucapan Ahmad Maslan ini jelas kekurangan empati dan tidak memahami penderitaan mangsa banjir.

Dengan masalah perubahan iklim yang semakin teruk, kejadian banjir akan menjadi lebih tidak menentu, apatah lagi semasa musim monsun.

Pakar Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Haliza telah berkata bahawa pilihan raya patut diadakan selepas bulan Februari dan memberi amaran bahawa banjir semasa musim monsun di hujung tahun mungkin lebih teruk daripada tahun 2021. Menurut laporan Jabatan Perangkaan, banjir pada hujung tahun 2021 telah menyebabkan kerugian sebanyak RM6.1 bilion.

Pakar Meteorologi dan Klimatologi, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah, telah memberi amaran bahawa pada bulan November tahun ini,fenomena La Nina dan negatif Indian Ocean Dipole (IOD) akan merangsang cuaca hujan secara berterusan, meningkatkan kemungkinan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor. Beliau menyarankan agar pilihan raya dielakkan pada waktu tersebut.

Jabatan Meteorologi juga telah memberi amaran bahawa tempoh monsun timur laut dijangka bermula pada pertengahan November dan boleh menyebabkan banjir dari November sehingga Januari.

Oleh itu, apabila politikus UMNO memandang rendah perubahan iklim dan risiko banjir, serta terus menyembunyikan fakta, tibalah masanya bagi rakyat untuk memberi pengajaran kepada Barisan Nasional yang “sombong”, “tidak menghormati sains”, dan “kekurangan empati” melalui undi mereka.

Sumber Gambar Cover: E Nanyang

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758