• Home
  • Tunjukkan Tekad Reformasi, Kurangkan Birokrasi

Tunjukkan Tekad Reformasi, Kurangkan Birokrasi

Dalam ucapan titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, kerajaan perlu mempunyai tekad untuk reformasi dan mengurangkan birokrasi bagi menyelamatkan nilai Ringgit yang semakin merosot, selain membentuk persekitaran mesra perniagaan.

Dalam titah terkini, Yang di-Pertuan Agong menekankan bahawa badan kerajaan perlu kerja secara efisien dan berintegriti serta mengelakkan prosedur birokrasi yang rumit.

Berdasarkan Laporan Daya Saing Global, kedudukan daya saing Malaysia telah jatuh dari tangga ke-15 pada tahun 2015 ke tempat ke-27 kini. Peningkatan daya saing adalah kunci utama untuk menyelamatkan nilai Ringgit.

Penjawat awam diberi kuasa untuk membantu menguruskan hal ehwal pentadbiran dan membangunkan negara dan tidak sepatutnya menjadi menunjukkan tanda-tanda ketidakpastian yang menyebabkan rakyat berasa rendah diri dan tertekan ketika berurusan dengan hal ehwal kerajaan.

Baru-baru ini, saya menerima maklum balas daripada orang ramai yang menyatakan bahawa selepas pembinaan kilang diselesaikan, mereka telah diminta oleh pihak kerajaan tempatan untuk menanggung kos pembinaan jalan raya awam yang berhampiran secara tiba-tiba, kos tambahan ini tidak hanya meningkatkan kos pembinaan bagi syarikat tetapi juga menyebabkan kekeliruan para pelabur.

Jika keperluan ini dapat dinyatakan dengan jelas pada tahap kelulusan projek, syarikat dapat merancang kos dan masa dengan lebih baik dan mengelakkan kerugian yang tidak perlu. Tindakan kerajaan ini akan menjejaskan kepercayaan perniaga dan pelabur.

Walaupun petunjuk ekonomi negara kian kukuh dan telah mencatatkan jumlah pelaburan yang telah diluluskan tertinggi dalam sejarah, namun penurunan nilai Ringgit mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap tekad kerajaan dalam melaksanakan reformasi dan keberhasilan dasar. Kita harus sedar bahawa  persekitaran mesra perniagaan  adalah penting untuk menarik pelaburan menarik pelaburan domestik dan asing, ini termasuk memudahkan prosedur permohonan dan memberikan kepastian dasar kepada pelabur.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758