• Home
  • Tolak Judi, Tahankan Demokrasi

Tolak Judi, Tahankan Demokrasi

Sejak penamaan calon Pilihan Raya Negeri Johor pada 26 Februari, saya telah mengunjungi sembilan kawasan pilihan raya untuk memahami suasana dan situasi terkini pilihan raya. Saya menggesa orang ramai supaya menolak budaya judi untuk mempertahankan mekanisme demokrasi. Bersama-sama kita memilih kerajaan negeri yang diidamkan.

Pilihan Raya Negeri Johor kali ini diibaratkan sebagai pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah di mana 15 parti politik dan 239 calon telah menglibatkan diri.

Sepanjang minggu pertama tempoh berkempen kempen, saya telah mengunjungi sembilan kawasan pilihan raya, termasuk Kukup, Machap, Layang-Layang, Mengkibol, Parit Raja, Pekan Nanas, Yong Peng, Bentayan, dan Tanjung Surat. Saya telah berinteraksi dengan calon serta penduduk setempat.

Selain daripada bertukar-tukar pengalaman berkempen dan memperbaiki mekanisme kempen, saya juga menerima maklum balas daripada akar umbi dan orang ramai bahawa pasaran gelap judi telah membuka pertaruhan.

Pilihan Raya Negeri Johor kali ini akan menentukan kerajaan negeri bagi lima tahun akan datang, setiap undi itu mempunyai nilai yang sangat penting. Oleh itu, saya meminta semua pihak supaya jangan terjerumus ke kancah judi, jangan meletakkan masa depan lima tahun Johor sebagai taruhan.

Tidak kira parti apapun yang akan anda pangkah, saya menggesa semua pihak supaya menolak budaya judi dan menghormati proses demokrasi. Bersama-sama kita  memilih calon calon yang masing-masing inginkan dan berusaha mencipta budaya politik yang lebih sihat.

Sumber Gambar Cover: Utusan Malaysia

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758