• Home
  • TINDAKAN PEMUTIHAN BANTU MUDAHKAN PENJAJA KAWASAN MBIP

TINDAKAN PEMUTIHAN BANTU MUDAHKAN PENJAJA KAWASAN MBIP

  1. Berkesinambungan dengan pengecualian bayaran lesen penjaja yang dilaksana pada September tahun lalu, Kerajaan Negeri Johor akan terus berusaha membantu dan memudahkan para penjaja di negeri menjalankan perniagaan mereka. Sebagai permulaan, tumpuan akan diberikan kepada para penjaja di kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) susulan daripada rungutan yang timbul sehingga mengakibatkan kesulitan kepada mereka. 
  1. Lantaran itu, Kerajaan Negeri menyambut baik usul yang dikemukakan oleh Ahli Majlis MBIP, En. Tang Chee Kia semasa Mesyuarat Penuh pada 31 Disember 2018 lalu agar dilaksanakan tindakan pemutihan penjaja bagi pasar malam dan pasar pagi sebelum langkah penguatkuasaan undang-undang diambil oleh pihak MBIP. 
  1. Usul berkenaan dikemukakan sebagai lanjutan daripada siasatan terperinci yang dilaksanakan oleh Ahli Majlis MBIP dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) merangkumi pelbagai aduan dan pertanyaan berkenaan pemerolehan tapak dan lesen menjaja. 


    Sumber: https://docs.google.com/document/d/16rE4POl4Zn8ljmAzel5FWeclrIa1-YDN/edit
  1. Hasil daripada tindakan proaktif tersebut menemukan kelemahan prosedur seperti tempoh pemprosesan permohonan lesen yang mengambil masa terlalu lama dan keluasan tapak bagi setiap permohonan lesen yang kecil sehingga memerlukan penjaja menggunakan lesen penjaja lain sebagai langkah penyelesaian bagi kedua-dua kesulitan tersebut.
  1. Usul tersebut juga dilihat rasional dalam mengelakkan timbulnya sebarang salah faham dan rasa tidak puas hati di kalangan penjaja sebelum tindakan penguatkuasaan diambil oleh pihak MBIP kelak. Di samping itu, tindakan pemutihan tersebut juga adalah sebagai langkah untuk membantu para penjaja memudahkan urusan perniagaan mereka kelak.
  1. Sehubungan dengan itu, para penjaja di kawasan MBIP disarankan untuk berhubung dengan Ahli-Ahli Majlis MBIP berikut bagi mempercepat dan mempermudah tindakan pemutihan berkenaan: 
  1. Cik Ang Yien Meei 010-517 1758
  2. En. Chan Wei Khjan 019-742 0007
  3. Pn. Ng Siam Luang 016-738 6276
  4. En. Tang Chee Kia 016-722 1283
  5. En. Howard Lee 016-782 4571
  6. En. Kanan Mariapan 016-776 4397
  7. En. Lau Lay Sung 012-726 5464.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758