• Home
  • Tan Hong Pin Menggalakkan Peniaga Menggunakan E-Dompet

Tan Hong Pin Menggalakkan Peniaga Menggunakan E-Dompet

Untuk menggalakkan pembayaran tanpa tunai, hari ini saya bersama wakil e-dompet pergi ke Pasar Taman Ungku Tun Aminah untuk menggalakkan peniaga menerima pembayaran pelanggan menggunakan e-dompet dan menikmati kemudahan pembayaran elektronik.

Sejak wabak COVID-19 berlaku, pembayaran tanpa tunai semakin mendapat perhatian, cara pembayaran tanpa sentuhan semakin diutamakan dan terbukti sebagai saluran penting untuk mengurangkan penularan virus.

Transaksi tanpa tunai bukan sahaja mudah menambah nilai dan membolehkan seseorang tidak perlu membawa tunai untuk mengurangkan sentuhan, malah tidak perlu menunggu untuk bertaur di ATM demi mengeluarkan wang.

Perintah Kawalan Pergerakan juga mengubah tabiat pembayaran sebahgian masyarakat dan ada yang sudah tidak mengunjungi ATM untuk mengeluarkan wang selama tiga bulan kerana beralih ke cara pembayaran tanpa tunai. Saya percaya bahawa selepas pandemik, dunia akan mengamal norma baru di mana platform transaksi tanpa tunai akan menjadi salah satu pilihan penting dalam cara pembayaran masyarakat secara beransuran.

Oleh itu, saya menggesa para penjaja dan peniaga memanfaatkan peluang ini untuk membantu transformasi perniagaan mereka dan menambahkan saluran pembayaran alternatif untuk menarik lebih banyak pelanggan, selain meningkatkan pendapatan sendiri.

Kini, syarikat e-dompet juga menggalakkan penggunaannya tanpa mengenakan sebarang yuran transaksi, jadi ini adalah peluang bagi peniaga untuk menggunakan e-dompet untuk pembayaran.

E-dompet Touch ‘n Go akan menjalankan aktiviti rebat tunai dari 6 Julai sehingga 31 Ogos di Pasar Taman Ungku Tun Aminah. Pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM6 menggunakan e-dompet Touch ‘n Go akan menikmati rebat tunai sebanyak RM3 dan setiap pengguna boleh mendapat rebat tunai sekali sebulan selama tempoh aktiviti, dengan rebat tunai terhad kepada sekali sebulan dan akan dikreditkan ke dalam dompet elektronik pengguna dalam tempoh tiga hari bekerja.

Hari ini, saya ke Pasar Taman Ungku Tun Aminah untuk memperkenalkan pembayaran tanpa tunai kepada peniaga. Kami telah berjaya menjemput 13 peniaga untuk mendaftar dengan syarikat e-dompet dan menyertai aktiviti promosi ini.

Saya menggesa semua untuk menikmati kemudahan e-dompet elektronik yang sering menawarkan pelbagai promosi, terutamanya dengan pemberian “Angpau Elektronik” sebanyak RM50 oleh kerajaan yang membolehkan semua orang bertransaksi dengan mudah sambil membelanjakan wang dengan lebih bijak.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758