• Home
  • Tan Hong Pin dan Ng Yak Howe Berusaha Mengumpul Bantuan, Menghantar Bantuan ke Mangsa Banjir di Labis

Tan Hong Pin dan Ng Yak Howe Berusaha Mengumpul Bantuan, Menghantar Bantuan ke Mangsa Banjir di Labis

Dalam banjir besar yang melanda Johor kali ini, walaupun kawasan paling teruk terjejas adalah Chaah, mangsa banjir di Labis juga menghadapi kesulitan akibat banjir. Kejadian banjir ini menyebabkan mangsa di kawasan tersebut mengalami kerugian harta benda, namun sumber bantuan lebih terfokus ke Chaah jika berbanding dengan Labis.

Dengan bantuan  Presiden Pengasas Kelab Pengakap Malaysia Dato’Seri Dr.Chong Lian Foo dan Pengerusi Jawatankuasa Belia DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Chin How Zet, kami telah mengumpulkan bantuan besar seperti T-shirt, tilam, bantal, bihun, roti dan lain-lain.

Bantuan ini dihantar dari Kuala Lumpur ke Labis dan diterima oleh jawatankuasa DAP Johor Ng Yak Howe.

Ng Yak Howe berkata: “Saya mengalu-alukan Kerajaan Persekutuan mengagihkan RM600 juta untuk rancangan pencegahan banjir. Saya juga menyeru agar semua unit kerajaan mengawasi rancangan pencegahan banjir dengan ketat untuk memastikan tidak ada sebarang kelalaian kerana ini berkaitan dengan keselamatan nyawa dan harta benda semua.”

Tan Hong Pin berkata: “Saya juga menyeru Kerajaan Persekutuan untuk mengubah syarat permohonan dengan memudahkan syarat permohonan bantuan untuk memastikan semua mangsa banjir yang terjejas dapat memohon.”

Presiden Pengasas Kelab Pengakap Malaysia Dato’Seri Dr.Chong Lian Foo berkata: “Menghadapi situasi bencana, tidak seharusnya ada sesiapa yang diabaikan, dalam masa yang sukar ini, kami bersama mereka bersatu hati menghadapi kesulitan bersama.”

Gambar 1: Tan Hong Pin menyaksikan bantuan bermula dihantar ke Labis.

Gambar 2: Ng Yak Howe menerima bantuan yang dihantar ke Labis.

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758