• Home
  • Tahniah DS Tajuddin atas lantikan sebagai Duta Besar ke Republik Indonesia

Tahniah DS Tajuddin atas lantikan sebagai Duta Besar ke Republik Indonesia

“Tahniah kepada DS Tajuddin atas lantikan sebagai Duta Besar ke Republik Indonesia 1, tetapi apakah beliau pilihan terunggul buat kita?”

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah pernah berkata bahawa duta mesti terdiri daripada kalangan diplomat yang terlatih dan mampu menjalankan tugas mereka dengan baik serta mengelakkan masalah politik berlaku 2.

Sumber: https://www.sinchew.com.my/20210818/支持依斯迈的115票很稳-!-达祖丁否认跑票/

Justeru, Tajuddin yang juga merupakan bakal Duta Besar ke Republik Indonesia, apakah Tajuddin mempunyai bakat dalam bidang diplomatik antarabangsa yang bakal dicungkil?

Saya belum sempat berkenalan dengan DS Tajuddin yang cukup veteran dalam politik.

Beliau bukan sahaja Ahli Parlimen Pasir Salak, tetapi kini dilantik Duta Besar yang harus berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Ulang alik Jakarta Pasir Salak bukan perkara mudah.

Sebelum ini, beliau pernah dilantik Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia yang menjaga bas dan tren di ibu kota. Masa itu berlaku insiden LRT bertembung. 

Beliau pernah juga menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian. Beliau pernah berkata “jimat belanja, tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur”.

Kerja diplomatik perlu tahap professional yang tinggi, namun pelantikan tersebut dikhuatiri adalah lantikan politik untuk kepentingan “orang sendiri”. Pelantikan ini juga tidak adil kepada kalangan diplomat yang profesional. Prinsip birokrasi bersifat neutral dan imej kerajaan Malaysia akan dirosakkan.

Malaysia telah menjalin hubungan kerjasama yang erat dengan Indonesia dan Indonesia merupakan rakan dagang ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN selepas Singapura dan Thailand. Kedua-dua negara mempunyai banyak kepentingan bersama seperti pembantu rumah wanita, lawan diskriminasi sawit, isu Laut China Selatan dan sebagainya.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia dikira penting, namun kenapa Duta Besar kepada Republik Indonesia telah ditangguhkan lebih daripada 6 bulan? Adakah ini disebabkan lantikan DS Tajuddin di jawatan tersebut?

  1. https://www.malaysiakini.com/news/621472 ↩︎
  2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/447120/tiada-lagi-duta-dari-ahli-politik-saifuddin

    ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758