• Home
  • Siasat Kekecohan Penyokong Najib, Berikan Rakyat Penjelasan

Siasat Kekecohan Penyokong Najib, Berikan Rakyat Penjelasan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, menyatakan bahawa penyokong Najib telah ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) seperti yang dinasihatkan oleh pihak polis. Saya menyeru pihak polis untuk menyiasat secara serius mengenai kekecohan ini dan mengambil tindakan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Saya terkejut dengan perhimpunan lebih daripada 3000 penyokong dan saya juga mempersoalkan sama ada penganjur telah memohon di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 serta sama ada polis telah meluluskan perhimpunan tersebut.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini telah menyatakan bahawa perhimpunan besar tidak dibenarakn sepanjang tempoh PKPP. Oleh itu, pihak polis perlu menjelaskan sama ada penganjur telah mendapatkan kelulusan untuk mengadakan perhimpunan dan apa persetujuan yang dicapai dengan polis semasa permohonan.

Jika polis membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung, adakah ini bermakna polis menganggap arahan kerajaan tidak bererti, Kementerian Dalam Negeri perlu menjelaskan sama ada mereka membenarkan perhimpunan tersebut diadakan.

Pada bulan Jun, 15 ahli kesatuan sekerja yang telah mengadakan aksi piket untuk membantah terhadap penganiayaan ahli kesatuan oleh pihak majikan telah ditahan dan direman di Ipoh atas sebab pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini menunjukkan sikap “pilih kasih” kerajaan dalam penguatkuasaan dan “memberi kelonggaran” secara sengaja kepada penyokong Najib.

Seperti yang kita sedia maklum, kini terdapat trend peningkatan kes COVID-19, pihak berkuasa juga menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat terhadap individu yang tidak mematuhi SOP. Walaupun makan bersama rakan, orang awam juga perlu mematuhi jarak sosial untuk mengelakkan denda sebanyak RM1000.

Di bawah PKP, rakyat secara keseluruhan juga telah membayar harga yang besar, termasuk kadar pengangguran yang tinggi sehingga 5.3%, aktiviti ekonomi secara keseluruhan “beku”, pendapatan juga menurun secara drastik dan ada yang tiada pendapatan.

Penyokong Najib yang tidak mematuhi jarak sosial dan memakai pelitup muka serta mematuhi SOP. Ini mengecewakan Pengarah Kesihatan yang berada di barisan hadapan, Noor Hisham Abdullah, kerana tindakan mereka mengabaikan usaha petugas barisan hadapan.

Menghadapi kemungkinan “kluster penyokong Najib”, polis harus mengambil sikap tegas dan menyiasat dengan serius berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan, jika tidak, tindakan polis yang “lemah” terhadap parti kerajaan akan membazirkan usaha petugas barisan hadapan.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758