• Home
  • Risiko Darah Beku Akibat Vaksin Covid-19 AstraZeneca, Kerajaan Perlu Kenakan Syarat Suntikan

Risiko Darah Beku Akibat Vaksin Covid-19 AstraZeneca, Kerajaan Perlu Kenakan Syarat Suntikan

Pengawal selia ubatan Eropah mengesahkan bahawa pemberian vaksin AstraZeneca berisiko menyebabkan pembekuan darah. Walaupun risikonya rendah, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, harus mengurangkan kebimbangan awam dengan mengenakan syarat pada penggunaan vaksin dengan kadar segera, agar usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tidak dibazirkan.

Kini, vaksin AstraZeneca menyumbang 20% kepada total populasi dewasa yang divaksinasi di negara kita. Oleh itu, kesan sampingan dan kebimbangan awam tidak boleh diabaikan.

Baru-baru ini, banyak laporan berita yang wujud tentang pembekuan darah yang jarang berlaku setelah pemberian vaksin AstraZeneca di Eropah. Pengawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK) juga telah mengumumkan bahawa vaksin AstraZeneca mungkin memiliki kesan sampingan yang boleh menyebabkan pembekuan darah otak di kalangan orang dewasa yang divaksinasi.

Walaupun kedua-dua agensi ini masih yakin bahawa manfaat penggunaan vaksin ini melebihi risikonya, sekitar 17 negara di Eropah telah menangguhkan atau menunda penggunaan vaksin AstraZeneca sementara menunggu penilaian risiko dan manfaat.

Data pengawal selia ubat-ubatan Kesatuan Eropah (EU) mencatat 86 kes pembekuan darah daripada 25 juta orang yang telah menerima vaksin AstraZeneca di mana kebanyakan pesakit adalah wanita di bawah umur 60 tahun.

Oleh itu, beberapa negara di Eropah telah menghentikan pemberian vaksin AstraZeneca berdasarkan prinsip pencegahan. Ini membolehkan pengawal selia untuk melakukan penyiasatan yang diperlukan dan menjalankan analisis vaksin. Prinsip pencegahan menekankan keperluan bagi menghenti dan meninjau apabila bukti tidak pasti untuk melindungi keselamatan penerima vaksin. Prinsip ini diakui dalam bidang sains dan perubatan. 

Jawatankuasa Tetap Vaksinasi Jerman (STIKO) juga telah mengeluarkan cadangan terbaru di mana hanya orang berumur 60 tahun ke atas dibenarkan menerima vaksin AstraZeneca, sementara agensi pengawal selia ubat-ubatan UK telah menghentikan pemberian vaksin AstraZeneca kepada orang di bawah umur 30 tahun dan memberi suntikan vaksin Pfizer atau Moderna sebagai gantian.

Oleh itu, saya menggesa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengamalkan prinsip pencegahan dengan mengemaskini cadangan suntikan berdasarkan kesan sampingan terbaru vaksin AstraZeneca dan mengenakan syarat suntikan AstraZeneca selain menangguhkan suntikan kepada orang di bawah umur 60 tahun.

Jika kerajaan tidak mengenakan syarat suntikan vaksin AstraZeneca, orang ramai mungkin enggan mendaftar untuk menerima vaksin atau enggan mengesahkan temujanji penerimaan vaksin COVID-19. Ini akan menjejaskan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan imuniti kelompok sukar dicapai.

Sumber Gambar Cover: Al Jazeera

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758