• Home
  • Rekod Anti-rasuah PAS Buruk, Rakyat Perlu Rangkul Agenda Reformasi

Rekod Anti-rasuah PAS Buruk, Rakyat Perlu Rangkul Agenda Reformasi

Hadi Awang di Facebook menyatakan bahawa bukan Islam dan bukan Bumiputera merupakan sumber utama rasuah dan korupsi, kata-kata Hadi ini membuktikan rekod buruk kepemimpinan Pas dalam agenda anti-rasuah. Rakyat Malaysia perlu menolak Pas dengan memilih parti yang merangkul agenda reformasi untuk menyelamatkan Malaysia.

Rakyat tidak akan lupa, pada tahun 2019, ketika Pakatan Harapan memerintah, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menyokong usul mewajibkan semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang mengisytiharkan harta.

Rakyat tidak akan lupa, Pas pada tahun 2017 bertemu dengan bekas Presiden 1MDB Arul Kanda dan menyatakan kepuasan mereka dengan rancangan penstrukturan semula 1MDB.

Rakyat tidak akan lupa, Pas pada Januari tahun ini menyokong penjelasan Pengerusi SPRM Azam Baki dan menganggap tidak ada masalah dalam tindakan Azam memiliki saham dan waran yang berlebihan di syarikat tersenarai, yang jelas menunjukkan konflik kepentingan.

Pas menunjukkan rekod buruk dalam pendirian anti-rasuah, tanpa penilaian yang jelas terhadap nilai-nilai asas dan berayun-ayun. Ini membuktikan ketidakmampuan pemimpin Pas untuk membanteras amalan rasuah. Rakyat tidak harus mempercayai parti ini yang tidak berhemah tinggi.

Walaupun Pas menjadi kerajaan sejak Langkah Sheraton, mereka tidak beruapaya menghadapi isu-isu rakyat seperti pencemaran dan inflasi. Tambahan pula, di bawah pemerintahan Pas, Kelantan menghadapi masalah infrastruktur jalan, air bersih, peluang pekerjaan, penebangan hutan dan banjir.

Saya tidak berasa hairan apabila Presiden Pas, Hadi Awang, membangkitkan konflik kaum dan agama tanpa bukti dengan membuat tuduhan liar terhadap bukan Islam dan bukan Bumiputera untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pemerintahan Pas.

Kita perlu memegang prinsip yang mengutamakan rakyat serta memberi keutamaan kepada peningkatan kualiti hidup rakyat melalui penolakan Pas. Ini dapat membawa Malaysia ke arah agenda reformasi yang baik termasuk agenda anti-rasuah untuk mengelakkan keadaan Malaysia daripada bertambah buruk.

Sumber Gambar Cover: Focus Malaysia

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758