• Home
  • Reformasi Untuk Kurangkan Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa

Reformasi Untuk Kurangkan Rasuah dan Penyalahgunaan Kuasa

Walaupun Najib sudah dihukum penjara, tetapi Indeks Persepsi Rasuah Malaysia selepas Langkah Sheraton telah merosot. Ini menunjukkan bahawa kita masih perlu berusaha keras untuk mendorong lebih banyak reformasi sistem untuk mengurangkan fenomena rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Selepas empat tahun perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Persekutuan, akhirnya keadilan ditegakkan apabila kes SRC bekas Perdana Menteri Najib kekal dengan hukuman asal dan dihukum penjara segera selama 12 tahun dan denda RM210 juta.

Walaupun Najib mempunyai sumber yang banyak, mampu mengupah ramai peguam dan menggunakan pelbagai taktik untuk melengahkan perbicaraan, akhirnya Ketua Hakim Negara tidak gentar di bawah tekanan. Dengan ini, keadilan menang.

Ini merupakan hari yang bangga. Pertama hari dalam sejarah, bekas Perdana Menteri Malaysia dimasukkan ke penjara kerana rasuah. Ini menunjukkan bahawa undi pada 9 Mei dapat membawa perubahan, di mana skandal yang tersembunyi didedahkan. Mereka yang korup dan melanggar undang-undang akhirnya mendapat hukuman yang sepatutnya.

Ini hanyalah kemenangan kecil dalam perjalanan panjang untuk mereformasi Malaysia. Dua tahun selepas Langkah Sheraton, Indeks Persepsi Rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International menunjukkan penurunan. Ini membimbangkan kerana masalah rasuah semakin serius sehingga menggangu proses reformasi.

Kita layak mendapat Malaysia yang lebih baik. Semua rakyat Malaysia perlu percaya reformasi dan terus memperjuangkannya. Dalam perjalanan pengukuhan sistem pencegahan rasuah,  kita masih menantikan lebih banyak penambahbaikan seperti Akta Pendanaan Politik, memisahkan Peguam Negara daripada kuasa pendakwaan, mengehadkan tempoh pelantikan Perdana Menteri kepada dua penggal, menghalang Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan., mengurangkan pelantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan.

Dengan mengukuhan sistem pencegahan rasuah, kita dapat mengurangkan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa secara sistematik. Ini penting untuk membina sebuah Malaysia yang bersih, jujur, telus, berintegriti, demokratik dan bebas.

Sumber Gambar Cover: Utusan Malaysia

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758