• Home
  • Rayuan untuk Sam Ke Ting

Rayuan untuk Sam Ke Ting

Hukuman penjara 6 tahun ke atas Sam Ke Ting yang disabit kesalahan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pagi tadi mengejutkan seluruh negara. Saya kesal atas perkembangan kes tersebut.

Tragedi kemalangan basikal lajak pada 18 Febuari 2018 menyebabkan lapan nyawa terkorban. Ia sesungguhnya tragedi yang cukup menyayat hati, bukan sahaja buat keluarga mangsa tetapi juga untuk seluruh masyarakat kita.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, pemandu kereta yang terlibat Sam Ke Ting, telah diheret keluar masuk mahkamah puluhan kali untuk menghadapi muka pengadilan. Pada tahun 2019 dan kemudian 2021, Mahkamah Majistrat menjatuhkan hukuman tidak bersalah ke atas Sam yang tertuduh. Berdasarkan bahan bukti yang dikemukakan kepada mahkamah, sewaktu kejadian berlaku pemandu kereta tidak memandu melebihi had laju, tidak menggunakan telefon mudah alih, dan juga tiada apa-apa bukti rekod sejarah memandu secara tidak berhemah.

Dalam lima tahun yang lepas juga, kes tersebut telah menarik perhatian dan komentar pelbagai pihak. Malangnya, keputusan Mahkamah hari ini juga telah mencetuskan persepsi antara orang ramai di mana hukuman yang dijatuhkan terlalu berat.

Umum diketahui, kes ini telah banyak menimbulkan polemik dan kontroversi. Saya tegaskan bahawa, emosi, polemik dan kutuk-mengutuk tidak sedikit pun membantu dari segi menegakkan kebenaran dan memastikan keadilan untuk semua pihak. Biarlah kita mengambil sikap rasional dalam membincangkan kes tersebut.

Sumber: https://www.thenewslens.com/article/165525

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758