• Home
  • Rakyat Bekerja di Singapura Tidak Perlu Kuarantin Hotel, KKM Digesa Kemuka Perincian

Rakyat Bekerja di Singapura Tidak Perlu Kuarantin Hotel, KKM Digesa Kemuka Perincian

Hari ini, Menteri Besar membawa berita baik mengenai masalah rentas sempadan  Malaysia-Singapura, di mana Majlis Keselamatan Negara secara prinsip telah bersetuju bahawa mereka yang telah menerima dua dos vaksin di Singapura boleh pulang ke negara tanpa perlu kuarantin di hotel dan boleh kuarantin di rumah sahaja.

Seperti apa yang saya seru pada 22 Julai, kini 65% penduduk Singapura telah menerima dua dos vaksin, termasuk warga Malaysia. Penutupan sempadan kedua-dua negara telah berlaku selama 507 hari sejak 18 Mac 2020. Walaupun terdapat Pengaturan Ulang Alik Berkala (PCA) secara sementara, tetapi dengan keadaan wabak yang berulang-ulang di kedua-dua negara, akhirnya PCA juga dibekukan.

Kini, banyak keluarga yang terpaksa dipisahkan oleh sempadan meskipun mereka hanya berjarak 30 kilometer. Kerajaan tidak seharusnya membiarkan keadaan kos kuarantin yang tinggi menghalang pertemuan keluarga. 

Pembukaan semula sempadan buat masa sekarang mustahil dengan keadaan wabak yang terus berulang di Malaysia dan Singapura. Namun, Malaysia masih memiliki kuasa untuk mengurangkan beban kuarantin yang mencecah RM2100 bagi penduduk yang ulang-alik dari Johor ke Singapura dan telah melengkapkan dua dos vaksin. Bantuan ini merupakan suatu kemajuan kecil.

Oleh itu, saya menyambut baik pengumuman Menteri Besar Johor dan berharap Kementerian Kesihatan dapat mengumumkan perincian agar warganegara Malaysia dapat bermanfaat daripada pengumuman ini dengan kadar segera.

Saya juga memahami bahawa langkah ini masih merupakan beban yang besar bagi penduduk yang berulang-alik, terutamanya kos kuarantin yang besar semasa berkuarantin di Singapura pada masa depan.

Jadi, bagi solusi jangka menengah dan panjang, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, serta kerajaan Johor harus melakukan tindakan yang lebih proaktif dalam pemulihan PCA dan usaha mengaku pasport vaksin bagi kedua-dua negara untuk menyelesaikan masalah rentas sempadan secara beransur.

Sumber Gambar Cover: Sin Chew Jit Poh

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758