• Home
  • Pusat Komuniti Skudai Medirikan Kaunter Bergerak untuk Permohonan Bantuan Kewangan

Pusat Komuniti Skudai Medirikan Kaunter Bergerak untuk Permohonan Bantuan Kewangan

Pusat Komuniti Skudai akan mendirikan kaunter bergerak di Pasar Taman Ungku Tun Aminah pada hari Sabtu (17 Oktober) dari jam 9 pagi hingga 11 pagi untuk membantu rakyat memohon Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) dan Geran Khas Prihatin 2.0 (GKP 2.0).

Sejak BPN dan GKP dibuka, kami menerima banyak permohonan bantuan atau rayuan daripada rakyat. Oleh itu, kami memutuskan untuk menyediakan kaunter bergerak bagi membantu rakyat membuat permohonan.

Di bawah program Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0), keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM4000 akan menerima RM1000 dan keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM8000 akan menerima RM600. Individu bujang dengan pendapatan kurang daripada RM2000 akan menerima RM500 dan individu bujang dengan pendapatan kurang daripada RM4000 akan menerima RM300. Jika anda ingin memeriksa sama ada anda telah layak mendapat banuan secara automatik, anda juga boleh membuat pertanyaan di kaunter bergerak.

Rakyat yang berminat untuk memohon BPN 2.0 di kaunter bergerak, sila bawa bersama kad pengenalan diri dan pasangan, sijil perkahwinan atau sijil penceraian (jika ada), nombor akaun bank peribadi dan pasangan serta sijil kelahiran anak-anak yang belum dewasa (jika ada).

Penerima Geran Khas Prihatin 2.0 haruslah warganegara Malaysia dan bukan penerima bagi Bantuan Kecil GKP1.0. Pada masa yang sama, jumlah jualan tidak boleh melebihi RM30,000 setahun dan jumlah pekerja tidak melebihi 4 orang. Perniagaan tersebut juga harus berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau kerajaan tempatan pada atau sebelum 31 Oktober 2020 dan masih beroperasi.

Peniaga yang berminat untuk memohon GKP 2.0 di kaunter bergerak, sila membawa kad pengenalan diri dan pasangan, maklumat pendaftaran perniagaan (SSM), lesen perniagaan Majlis Bandaraya dan maklumat cukai pendapatan peribadi (jika ada). Perniaga yang diluluskan akan menerima bantuan sebanyak RM3000 pada 25 November.

Saya mengajak semua untuk mengambil peluang ini dan membawa dokumen yang berkaitan ke kaunter bergerak, pada masa yang sama, sila patuhi  Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, termasuk memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

Bagi sebarang pertanyaan mengenai kaunter bergerak bantuan kewangan, sila hubungi atau WhatsApp talian DAP Skudai di 010-5351758.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758