• Home
  • Program Pengangkutan Percuma Ke PPV DUN Skudai

Program Pengangkutan Percuma Ke PPV DUN Skudai

Pejabat ADUN Skudai telah melancarkan Program Pengangkutan Percuma Ke PPV bagi memudahkan warga DUN Skudai yang menghadapi kesukaran pengangkutan seperti warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Saya ulangi pendirian dan seruan agar dapat diwujudkan sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekitar Skudai bagi menampung keperluan penduduk seramai 200,000 orang (80 ribu daripadanya adalah pengundi DUN Skudai).

Antara yang menerima manfaat daripada Program Pengangkutan Percuma ke PPV adalah En. Chew (74 tahun) dari Taman Jaya Mas – menerima suntikan vaksin PPV Taman Adda yang terletak sejauh 25 kilometer dari Skudai.

Saya yakin kes seperti En. Chew bukan asing kerana terdapat maklum balas yang diterima turut menerima suntikan vaksin di PPV Taman Adda. Hanya sebahagian kecil daripada mereka menerima suntikan di PPV Taman Universiti selain di klinik dan hospital swasta.

Justeru itu, warga Skudai yang memperoleh janji temu vaksinasi dan memerlukan bantuan pengangkutan boleh hubungi kami di talian 010-535 1758 atau 012-514 1758 melalui panggilan atau pesanan WhatsApp sebelum dua hari sebelum janji temu.

Sementara itu, saya menyeru Kerajaan Negeri Johor mencontohi Kerajaan Selangor menyediakan diskaun bernilai RM20 bagi perkhidmatan e-panggilan melalui jalinan kerjasama dengan Grab.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758