• Home
  • PN Harus Benarkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam

PN Harus Benarkan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam

Susulan penerbitan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018 Siri 3, kerajaan negeri Perikatan Nasional Johor harus segera mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengesahkan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam supaya mesyuaratnya dapat diadakan dengan lancar untuk menyiasat isu yang disebutkan dalam laporan tersebut, termasuk isu di Johor yang seperti bayaran letak kereta di Majlis Bandaraya Johor Bahru dan kemudahan Internet percuma di Johor.

Isu-isu tersebut, setelah Laporan Ketua Audit Negara diterbitkan, harus diperiksa dengan teliti oleh kerajaan dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang disebutkan dalam laporan.

Setiap projek kerajaan yang bagus harus memiliki perancangan dan pelaksanaan yang teliti. Setelah pelaksanaan polisi, kerajaan juga harus meninjau tujuannya dan melakukan introspeksi yang sesuai.

Oleh itu, atas sebab Laporan Ketua Audit Negara adalah hasil dari pemeriksaan sampel, ruang lingkungan pemeriksaannya hanya sebagian kecil daripada projek kerajaan. Oleh hal yang demikian, kerajaan Johor harus memperhatikan saranan yang diberikan oleh Laporan Ketua Audit Negara dan membolehkan mesyuaratnya diadakan secepat mungkin untuk menyiasat masalahyang dibangkitkan untuk memainkan peranan semak dan imbang Dewan Negeri.

Namun, sejak perubahan pemerintahan yang tidak bermoral, anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Johor, Chong Fat Full dan Mohd Izhar, telah dilantik sebagai EXCO. Ini telah melanggar tradisi parlemen Westminster. Di bawah pengaruh ketidakpastian ini, mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam tidak dapat diadakan.

Dengan ini, saya mendesak kerajaan negeri untuk segera mengadakan sidang DUN untuk mengesahkan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Johor, agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam dapat meneruskan penyelidikan masalah dan saranan yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara dan mengawal projek kerajaan negeri, selain menyampaikan laporan saranan kepada kerajaan negeri untuk memperbaiki masalah atau kesalahan dalam projek-projek.

Saya juga mendesak kerajaan negeri Perikatan Nasional untuk menerima konsensus “Bengkel Memperkasa Dewan Negeri Johor” pada akhir tahun 2019 dan memberikan lebih banyak hak kebebasan kepada DUN, agar DUN dapat memainkan peranan penting untuk semak dan imbang pentadbiran kerajaan. 

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758