• Home
  • PN Digesa Tingkatkan Kesaksamaan Gender

PN Digesa Tingkatkan Kesaksamaan Gender

Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang dirayakan setiap tahun, Pusat Komuniti Skudai dan Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri telah pergi ke pelbagai tempat di Skudai untuk mengedarkan bunga sebagai tanda penghargaan kepada wanita.

Usaha Kerajaan Perikatan Nasional dalam melindungi pekerjaan wanita dan mempromosikan agenda kesaksamaan gender sepanjang tahun lepas tidak memuaskan. Oleh itu, terdapat desakan agar kerajaan Perikatan Nasional menggunakan Hari Wanita Antarabangsa sebagai kesempatan untuk melancarkan dasar baru untuk melindungi pekerjaan dan kesejahteraan wanita serta mempromosikan kesaksamaan gender.

Tema Hari Wanita Antarabangsa tahun ini ialah ‘Kepimpinan Wanita : Mencapai Masa Depan Setara dalam Dunia Covid 19’. Ini menunjukaan peranan besar wanita dan gadis di seluruh dunia dalam pembentukan masa depan yang lebih setara dan pemulihan dari pandemik COVID-19.

Malaysia juga terjerumus dalam pandemik pada tahun lalu dan kerajaan telah mengimplementasikan perintah kawalan pergerakan, di mana kadar pengangguran wanita pada suku kedua 2020 adalah 0.8 peratus tinggi daripada lelaki (5.5% berbanding 4.7%).

Walaupun kadar pengangguran wanita kembali sama dengan lelaki (4.8%) setelah perintah kawalan pergerakan dilonggarkan, namun setelah setahun pandemik, penurunan kadar penyertaan tenaga kerja wanita pada tahun 2020 berbanding dengan tahun 2019 adalah dua kali ganda lebih tinggi daripada lelaki!

Ini bermakna lebih banyak wanita meninggalkan pekerjaan mereka berbanding lelaki semasa pandemik dan wanita dalam kategori rentan seperti ibu tunggal menghadapi kesulitan pengurangan pendapatan. Ini merupakan cabaran besar bagi kesaksamaan gender dan prospek pembangunan negara.

Sebuah kajian oleh Bank Dunia pada September 2019 menyatakan bahawa jika semua halangan pekerjaan bagi wanita Malaysia dihapuskan dan penyertaan mereka dalam ekonomi negara ditingkatkan hingga 60%, pendapatan per kapita negara dapat meningkat sebanyak 26.2%.

Namun, dasar wanita oleh Kerajaan Perikatan Nasional sepanjang tahun ini tidak menunjukkan kemajuan yang signifikan, selain daridapa pengurusan berat badan yang berhasil oleh Menteri Wanita dan promosi patriarki seperti nasihat  ‘tiru nada suara Doraemon’, tidak ada peningkatan dasar untuk mengatasi isu pekerjaan wanita dan keganasan rumah tangga.

Oleh itu, adalah penting bagi Kerajaan Perikatan Nasional untuk merujuk kepada dasar Women@Work oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk menggalakkan wanita kembali ke tempat kerja sambil melindungi kebajikan mereka di tempat kerja.

Memberi wanita hak untuk meningkatkan diri dan membolehkan wanita memanfaatkan kelebihan mereka demi menghapuskan kemiskinan di kalangan wanita adalah penting untuk pembangunan ekonomi dan sosial. Ini seharusnya menjadi objektif yang konsisten dijalankan oleh kerajaan.

Sumber Gambar Cover: United Nations

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758