• Home
  • Perniagaan Terjejas Akibat Tong Sampah Besar Berbau Busuk

Perniagaan Terjejas Akibat Tong Sampah Besar Berbau Busuk

Peniaga di Jalan Perkasa 4, Taman Ungku Tun Aminah maklum kepada saya bahawa sampah dalam tong sampah besar berhampiran berbau busuk dan telah menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Terdapat 2 tong sampah besar di lokasi tersebut dan sentiasa ada penduduk yang tidak bertanggungjawab membuang sisa pukal di sana.

Tong sampah terletak di belakang pasaraya dan justeru terdapat sisa makanan dalam tong sampah tersebut. Berbau busuk semasa lori sampah mengutip sampah telah menyebabkan perniagaan terjejas dan pelanggan dikurangkan.

Saya akan berbincang dengan kontraktor pembersihan SWM dengan memindah lokasi tong sampah atau menyusun semula masa pengutipan sampah.

Saya juga berharap orang awam tidak membuang sampah secara haram. Sisa pukal boleh dibuang melalui kontraktor pembersihan SWM dengan menghubungi talian 1-800-88-7472 dan meletak sisa pukal di tepi tong sampah beroda SWM mengikut masa yang ditetapkan.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758