• Home
  • Perdana Menteri Harus Mematuhi Semangat Demokrasi Berparlimen Melalui Rundingan Bersama Pihak Pembangkang Untuk Menyelesaikan Dilema Politik

Perdana Menteri Harus Mematuhi Semangat Demokrasi Berparlimen Melalui Rundingan Bersama Pihak Pembangkang Untuk Menyelesaikan Dilema Politik

Perdana Menteri patut mematuhi semangat demokrasi dan menjalankan rundingan antara pihak kerajaan dengan pihak pembangkang di bawah sistem demokrasi berparlimen untuk menyelesaikan dilema politik, dan bukannya mengukuhkan kuasa sendiri melalui pengisytiharan “Darurat”.

Kerajaan Perikatan Nasional hanya melaksanakan “Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)” dan “Darurat” tidak pernah dicadangkan walaupun wabak menular dan kes meningkat secara mendadak pada bulan Mac.

Pada masa ini, keluk pandemik telah dilandaikan dengan menunjukkan kadar penjangkitan sebanyak satu kali lebih rendah jika dibandingkan dengan situasi pada masa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO). Malaysia juga mempunyai Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) untuk menghadapi wabak Covid-19, dan tidak juga timbul krisis keselamatan negara seperti rusuhan. Oleh itu, motif Muhyiddin Yassin untuk pengisytiharan darurat amat diragukan.

Pengisytiharan darurat akan menyebabkan perlembagaan negara dibekukan, pada masa yang sama membenarkan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah pentadbiran yang melanggar perlembagaan dan undang-undang. Ini membahayakan sistem demokrasi di Malaysia dan negara kita mungkin ditadbir oleh kerajaan yang autokratik seperti tahun 1969. 

Dalam keadaan “Darurat”, sidang parlimen juga akan dibekukan, dan undang-undang baru yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam keadaan ini juga dapat menggantikan undang-undang yang dikeluarkan oleh parlimen. Pemerintah juga berhak untuk mengganggu hak bersuara media dan rakyat. Dengan ini, kebebasan warganegara akan dijejaskan.

Rakyat Malaysia telah berjuang selama 60 tahun dan akhirnya telah berjaya mengalihkan kuasa kerajaan secara aman. Walaupun pelbagai rang undang-undang reformasi demi kemajuan demokratik gagal akibat langkah Sheraton, sekurang-kurangnya mekanisme bagi kuasa badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman masih berfungsi. Walaubagaimanapun, situasi kini amat membimbangkan apabila Muhyiddin Yassin telah menghancurkan impian rakyat Malaysia semata-mata untuk mengukuhkan kuasa sendiri.

Cadangan Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pengisytiharan darurat menunjukkan bahawa Muhyiddin Yassin bimbang kehilangan majoriti di parlimen dan justeru bertekad untuk membekukan sistem demokrasi di Malaysia untuk mengatasi krisis politik sendiri.

Ketika wabak Covid-19 menular, ahli-ahli parlimen sebenarnya bertanggunjawab untuk memantau penggunaan bajet. Ini merupakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang diamanahkan oleh rakyat di bawah Perlembagaan Malaysia. Pengisytiharan “Darurat” akan mempengaruhi hak-hak rakyat tidak dapat dilindungi kerana wakil rakyat parlimen tidak dapat memantau pentadbiran kerajaan, ini akan menyebabkan bajet dapat digunakan dengan sesuka hati tanpa pemantauan wakil rakyat.

Di samping itu, kita masih tidak tahu kandungan “Darurat” yang disampaikan oleh Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong setakat ini. Namun, menurut Perkara 150 (4) dalam Perlembagaan Malaysia, Kerajaan Persekutuan dapat mengambil alih kuasa kerajaan negeri secara langsung.

Kerajaan Pakatan Harapan di Negeri Selangor berulang kali meminta Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan Kerajaan Negeri sebelum membuat keputusan mengenai pelaksanaan ” Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO)” pada bulan Oktober. Walaubagaimanapun, Kerajaan Persekutuan tidak peduli permintaan ini. Hal ini menyebabkan kerajaan negeri untuk membalas secara pasif mengenai cara-cara pelaksanaan CMCO.

Muhyiddin Yassin akan memusnahkan kestabilan politik sekiranya pengambilalihan kuasa kerajaan negeri berlaku dalam “Darurat” akibat kuasa Kerajaan Negeri pihak pembangkang dirampas oleh Kerajaan Persekutuan.

Namun, kerisauan ini tidak seharusnya berlaku. Sekiranya Muhyiddin Yassin khuatir terdapat kemungkinan anggaran perbelanjaan tidak akan diluluskan kerana sikap UMNO yang tidak bekerjasama, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah melalui rundingan dengan pihak pembangkang.

DAP dengan 42 kerusi juga telah menyatakan “sokongan bersyarat” untuk Belanjawan 2021 untuk menstabilkan keadaan politik. Parti pemerintah dan pembangkang harus berunding dan berganding bahu demi kesejahteraan rakyat.

Namun, Muhyiddin Yassin tidak mempertimbangkan pilihan yang terbaik di bawah sistem demokrasi. Sebaliknya, Muhyiddin Yassin membekukan sistem demokrasi secara langsung. Tujuan sebenarnya adalah untuk mencapai cita-cita peribadinya.

Untuk mempertahankan demokrasi, saya meminta orang ramai untuk memuat naik gambar #BantahDarurat di media sosial, bagi memaksa Muhyiddin Yassin untuk mengembali ke meja rundingan parti pemerintah dan pembangkang demi menentang kemunculan kerajaan autokratik serta mempertahankan demokrasi Malaysia.

Sumber Gambar Cover: RTI

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758