• Home
  • Perayaan Tahun Baru Cina Bersama MPKK Pengerang

Perayaan Tahun Baru Cina Bersama MPKK Pengerang

Majlis Perjumpaan Tahun Baru Cina Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) Pengerang di Johor telah diadakan semalam dengan pelbagai persembahan yang menarik. Majlis ini telah menarik kehadiran 500 penduduk setempat untuk bersama-sama merayakan Tahun Baru Cina.

Pengerusi MPKK Pengerang, Sim Seng San, mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang hadir ke majlis perjumpaan Tahun Baru Cina dan memeriahkan malam yang gembira di Rumah Berhala Cina Sim Sungai Rengit di Pengerang.

Sim Seng San juga adalah Pengerusi Cabang DAP Sungai Rengit. Beliau berkata, “Kami juga berterima kasih kepada kumpulan dan perniagaan yang memberikan sokongan, jumlah sumbangan adalah sebanyak RM17,000”.

Selama musim perayaan ini, kami juga tidak melupakan golongan rentan dan telah membantu lebih daripada 40 individu daripada golongan ini supaya mereka bermanfaat daripada masyarakat yang prihatin.

Majlis ini juga mendapat penajaan utama Petronas. Antara tetamu yang hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai merangkap Setiausaha DAP Johor, Tan Hong Pin, ADUN Perling merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Johor, Cheo Yee How,  Naib Presiden PKR, Chua Tian Cheng, Penyelaras Tanjung Surat, Dr. Zamil Najwah bin Arbain dan Penyelaras Bandar Penawar, En. Mohd Sawaludin Bin Salleh.

Dalam ucapannya, ADUN Tan Hong Pin, berkata bahawa setakat ini, tiada tanda penularan COVID-19 dalam komuniti di Malaysia dan menggesa semua untuk berhati-hati, selain menjalani kehidupan seperti biasa, memperkuatkan pengurusan kesihatan sendiri, mencuci tangan dengan sabun secara kerap dan memakai pelitup muka ketika batuk. Beliau menyeru semua supaya tidak dipengaruhi oleh ketakutan COVID-19.

ADUN Perling, Cheo Yee How juga menekan tentang penularan berita palsu mengenai COVID-19 di Internet. Oleh itu beliau menggesa semua untuk mengikuti pengumuman dan makluman Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan dan sentiasa memeriksa laman web rasmi Kementerian Kesihatan dan Facebook rasmi.

Para penduduk yang hadir juga bersama-sama menggaul serta melambung isi Yee Sang dalam suasana yang meriah.

Sumber Gambar Cover: Kwong Wah

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758