• Home
  • Penubuhan Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai

Penubuhan Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai

Seiring dengan perpanjangan Perintah Kawalan Pergerakan, kes-kes COVID-19 di Johor Bahru tetap tinggi dan terdapat laporan kes jangkitan di komuniti, maka DAP Skudai memutuskan untuk menubuhkan Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai untuk melakukan aktiviti sanitasi di tempat-tempat awam agar masyarakat lebih selamat.

Johor Bahru di Johor masih dianggap sebagai zon merah PKP, oleh itu fokus pasukan sanitasi adalah untuk melakukan sanitasi di tempat-tempat awam seperti sekolah dan tempat-tempat dengan kepadatan orang, dengan harapan usaha ini dapat memutuskan rantaian penularan COVID-19 dan mengurangkan kadar reproduksi asas (R0).

Pasukan sanitasi baru-baru ini telah melakukan sanitasi pencegahan di sebuah tadika serta salah satu kawasan perniagaan di Taman Ungku Tun Aminah dan akan terus melakukan sanitasi di berbagai tempat awam secara berperingkat.

Kerja-kerja sanitasi tertumpu pada tempat-tempat awam kerana kekerapan orang berulang-alik, terutamanya permukaan dalam jarak 3 meter yang mudah disentuh dan memerlukan sanitasi untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai akan mematuhi SOP Kementerian Kesihatan serta mematuhi langkah-langkah yang disarankan oleh unit kerajaan dan juga belajar daripada pasukan sanitasi DAP Selangor yang berpengalaman.

Walaupun jumlah kes menurun, namun jumlah saringan juga berkurangan, jadi usaha pencegahan tidak boleh diabaikan, dengan harapan melalui pelbagai usaha pencegahan, pandemik ini dapat berakhir secepat mungkin dan masyarakat dapat kembali ke kehidupan normal.

Penduduk atau organisasi yang memerlukan perkhidmatan sanitasi boleh menghubungi Pusat Komuniti Skudai di 010-5351758.

Memandangkan Pasukan Tindakan Sanitasi adalah berbentuk sukarela, kami memerlukan sokongan masyarakat. Oleh itu, saya berharap orang ramai menyumbang barangan yang diperlukan untuk kerja-kerja sanitasi seperti: PPE, topeng pelindung muka, penyembur sanitasi, cecair pencuci tangan, sarung tangan atau sumbangan wang. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, sila hubungi 010-5351758.

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758