• Home
  • PENGURUSAN TAPAK PELUPASAN SAMPAH DI NEGERI JOHOR PERLU DITELITI

PENGURUSAN TAPAK PELUPASAN SAMPAH DI NEGERI JOHOR PERLU DITELITI

Kenyataan Media Bersama ADUN Tangkak, Ee Chin Li bersama ADUN Skudai, Tan Hong Pin pada 25hb November 2021:

 Tapak-Tapak Pelupusan Sampah yang telah diberhenti operasi di Negeri Johor termasuk TP Bekoh Tangkak, TP Bukit Bakri dan CEP Simpang Renggam yang ditutup antara tahun 2018 sehingga 2020 perlu dijalankan kerja-kerja rawatan dan pemulihan dengan segera.

2. Kerja-kerja rawatan ini termasuk mengeluarkan gas metana dan larutan resapan (leacheate), dan rawatan ini sebenarnya perlu dijalan dalam tempoh dua tahun bermula dari masa penutupan seperti amalan pakar.

3. Sekiranya tapak pelupusan sampah yang telah ditutup tidak dirawat dengan baik, ia akan menjadi satu ancaman keselamatan kepada kawasan dan penduduk setempat. Gas metana mudah terbakar dan larutan resapan yang tidak dirawat akan mencemarkan alam sekitar.

4. Terdapat banyak teknologi baru yang boleh digunakan untuk pengolahan sampah, antaranya termasuk kaedah pyrolysis yang menjadikan sampah kepada minyak. Teknologi tersebut telah digunapakai oleh syarikat pengurusan sisa pepejal swasta di Malaysia dan ia merupakan satu lagi pilihan tambahan kepada pengurusan sampah terkini.

5. Dengan mengguna teknologi ini untuk memproses sampah secara modular dianggap lebih fleksibel dan sesuai untuk keperluan pelbagai kapasiti sisa berbanding teknologi insinerator yang lebih dikenali dengan Sisa ke Tenaga (Waste to Energy – WTE) yang sedang giat diguna oleh kerajaan Malaysia dari segi saiz fasiliti dan keperluan bekalan sampah yang begitu tinggi.

Sumber: https://news.seehua.com/post/452746

6. Tambahan lagi sisa pepejal di negeri Johor berkumpul di tapak-tapak pelupusan yang berlainan, kerajaan terpaksa untuk menghantar sampah dari merata tempat ke fasiliti WTE dan sudah tentu akan menambah kos pengurusan sisa pepejal. Sebaliknya, fasiliti yang diguna berasas modular mengikut saiz tapak pelupusan sampah boleh ditempatkan di tapak-tapak pelupusan yang sedia ada.

7. Rancangan kerajaan Johor yang akan memulihkan tapak pelupusan sampah dengan pendekatan menjadikan ia sebagai Taman Rekreasi, Kawasan Perumahan dan Ladang tenaga solar adalah tidak digalakkan.

8. Memandangkan kita sedang menghadapi isu kekurangan ruang tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pelupusan sampah, lebih baik kita memulihkan tapak-tapak pelupusan yang sedia ada supaya ia boleh diguna semula untuk melupus sampah daripada menjadikannya untuk kegunaan lain.

9. Oleh itu, kerajaan perlu merancang dengan cara-cara yang lebih sesuai untuk keadaan negeri Johor.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758