• Home
  • Pemimpin Parti Diseru Campur Tangan, Biar Tan Pertahankan Jementah

Pemimpin Parti Diseru Campur Tangan, Biar Tan Pertahankan Jementah

Baru-baru ini, saudara Tan Chen Choon tiba-tiba mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Saya terkejut dengan pengumuman tersebut dan berharap saudara Chen Choon dapat mengubah fikirannya supaya terus bertanding. Pemimpin parti haruslah campur tangan secara aktif untuk mengekalkan saudara Chen Choon demi meningkatkan peluang kemenangan DAP di kerusi DUN Jementah.

Semasa menjadi wakil rakyat di Jementah, saudara Chen Choon sering berinteraksi dengan pengundi dan menglibatkan diri secara langsung dengan aktiviti jawatankuasa kampung untuk memahami keperluan rakyat. Beliau juga banyak membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan berjaya meraih pengalaman yang luas dan reputasi yang baik dalam kalangan pengundi.

Pada masa yang sama, semasa menjadi ahli exco, saudara Chen Choon juga aktif mempromosikan agenda hijau dan menangani pelbagai masalah pencemaran. Saudara Chen Choon juga sering memperjuangkan hak-hak masyarakat Cina dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua.

Saudara Chen Choon telah menyertai parti selama 22 tahun dan telah berkhidmat secara bersungguh-sungguh di kawasan yang pernah dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional. Beliau setia kepada parti dan telah banyak menyumbang.

Situasi pilihan raya Pakatan Harapan dan DAP kini berada dalam kebuntuan. Beberapa kerusi yang berpeluang untuk menang juga dalam posisi yang tidak menguntungkan. Di bawah sekatan prosedur operasi standard yang ketat semasa pilihan raya, pengekalan wakil rakyat sedia ada untuk mempertahankan kawasannya akan meningkatkan peluang kemenangan DAP.

Harapan akar umbi adalah untuk bekerjasama dengan wakil rakyat yang telah membangun hubungan baik dengan mereka dan aktif mengusahakan kawasan pilihan raya. Pengekalan saudara Chen Choon di kawasannya akan sangat memotivasi akar umbi dan meningkatkan semangat pasukan. Ini dapat membantu DAP untuk memenangi pilihan raya.

Oleh itu, kami menyeru pemimpin parti, termasuk pemimpin pusat dan negeri, untuk segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini. Kita harus mempertahan Saudara Chen Choon dan membolehkan beliau yang telah lama berkhidmat di kawasan tersebut untuk terus bertanding dan mempertahankan kerusi DAP. Ini dapat meningkatkan peluang kemenangan di kerusi Jementah.

Sumber Gambar Cover: Johor Kini

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758