• Home
  • Pemecatan Speaker Cermin Reformasi Parlimen Terbantut

Pemecatan Speaker Cermin Reformasi Parlimen Terbantut

Prosedur pemecatan Speaker Dewan Rakyat oleh kerajaan Perikatan Nasional dijalankan dengan keliru. Ini menyebabkan Parlimen tunduk sepenuhnya kepada kekuasaan eksekutif serta kehilangan kebebasannya dan menyebabkan orang ramai meragui sama ada Perikatan Nasional akan meneruskan usaha reformasi Parlimen yang dimulakan oleh Pakatan Harapan, atau membiarkan reformasi Parlimen gagal sebelum memulakannya.

Sebagai salah satu cabang daripada sistem demokrasi pengasingan kuasa, Speaker ialah simbol neutral di Parlimen. Penggantian Speaker tanpa sebarang kesalahan merupakan episod terburuk dalam sejarah demokrasi berparlimen.

Dalam proses pemecatan Speaker Parlimen, ketika Ahli Parlimen Pakatan Harapan mempertanyakan persoalan mengenai adakah pemecatan Speaker melanggar  melanggar peraturan kerana tidak adanya kekosongan, Timbalan Speaker tidak dapat menggunakan kuasa pengadilan tetapi meminta Menteri Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan menjawab pertanyaan tersebut. Ini menjadikan kedaulatan Parlimen hilang sepenuhnya.

Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Parlimen, bukan hanya setia kepada tugas, tetapi juga tidak menyebelahi mana-mana parti di Parlimen dan menunjukkan keadilan. Di bawah kepemimpinan Ariff, Parlimen bebas daripada peranan cap getah yang dimainkan sejak era Barisan Nasional, termasuk pembentukan 10 jawatankuasa pilihan khas dan memperkenalkan Akta Perkhidmatan Parlimen. Ini menunjukkan bahawa kepelbagaian parti di Parlimen mula dihormati.

Zaman menteri serba boleh telah berlalu, keterbukaan dan ketelusan kerajaan dan penjawat awam kepada Parlimen dan masyarakat merupakan kunci dalam sistem demokrasi, dan pembentukan jawatankuasa pilihan khas dapat mengatasi keangkuhan pemerintahan yang diketuai oleh satu parti.

Hanya setelah Akta Perkhidmatan Parlimen diluluskan, Speaker baru dapat menggunakan peruntukkan secara bebas tanpa menjadi dipengaruhi oleh kuasa eksekutif. Peruntukan Parlimen sekarang sekitar 8 bilion, tetapi semua reformasi ini tidak pasti susulan kejayaan Perikatan Nasional menggantikan Speaker, usaha reformasi Parlimen mungkin akan dibazirkan dan Parlimen Malaysia tidak akan menjadi Parlimen kelas pertama yang dihormati seperti yang diharapkan oleh Pakatan Harapan, tetapi menjadi Parlimen kelas tiga yang memalukan sistem demokrasi Malaysia.

Sumber Gambar Cover: The Star

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758