• Home
  • Pejabat ADUN Skudai Mendirikan 15 Kaunter Bergerak E-Tunai Rakyat 2020

Pejabat ADUN Skudai Mendirikan 15 Kaunter Bergerak E-Tunai Rakyat 2020

Untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan melangkah ke era digital, kerajaan telah mengeluarkan inisiatif e-Dompet sebanyak RM30 supaya masyarakat boleh menikmati kemudahan yang dibawa oleh era digital.

Memandangkan respons hangat masyarakat Skudai terhadap e-Dompet, Pusat Komuniti Skudai akan menyediakan 15 kaunter bergerak dari 22 hingga 29 Februari 2020 untuk membantu penduduk yang layak bagi mendaftar akaun e-dompet. Masyarakat dijemput untuk mendapatkan bantuan di kaunter bergerak yang disediakan pada waktu dan tempat yang ditentukan.

Kerajaan telah menperuntukkan RM450 juta melalui Khazanah Nasional untuk melaksanakan program e-Dompet di mana Boost, Touch N Go eWallet dan GrabPay ditetapkan sebagai pembekal e-Dompet. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak untuk memohon.

Lokasi perkhidmatan kaunter bergerak untuk membantu pendaftaran e-dompet adalah seperti berikut:

Untuk memohon e-Dompet, pemohon tidak perlu membawa sebarang dokumen salinan, hanya perlu membawa kad pengenalan.

Setakat 16 Februari, kerajaan telah meluluskan 6.4 juta permohonan e-Dompet dan pemohon yang layak telah menebus sebanyak RM192 juta. Dengan tarikh akhir 9 Mac, kami terdapat masa separuh bulan lagi, walaubagaimanapun, kami masih jauh daripada sasaran RM450 juta e-Dompet. Oleh itu, masyarakat digalakkan untuk memohon secara aktif.

Matlamat perkongsian kemakmuran adalah untuk memastikan tiada individu yang ketinggalan, walaupun ada yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan atau memohon e-dompet. Oleh itu, tujuan kaunter bergerak adalah untuk membantu semua, terutamanya golongan warga emas untuk menggunakan e-dompet elektronik agar mereka juga dapat menikmati dasar Kementerian Kewangan yang baik dan pada masa yang sama memudahkan mereka untuk melangkah ke arah era digital bersama-sama.

E-dompet akan berhenti menerima permohonan pada 9 Mac. Selepas pengguna menerima angpau elektronik, mereka mesti menggunakannya sebelum 14 Mac. Jika tidak, e-tunai tersebut akan dibatalkan. Angpau tersebut boleh digunakan untuk membayar semua barangan dan perkhidmatan e-dompet.

Saya menggesa semua untuk menikmati kemudahan e-dompet yang sering melancarkan pelbagai tawaran supaya semua orang bukan sahaja boleh melakukan transaksi dengan mudah, tetapi juga berbelanja dengan lebih bijak.

Pada masa yang sama, e-dompet elektronik juga membolehkan orang ramai mengelak daripada membawa terlalu banyak wang tunai apabila keluar, supaya mereka dapat melindungi keselamatan diri sendiri dan perniaga juga boleh elak tertipu oleh wang palsu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kaunter bergerak Bantuan Sara Hidup, sila hubungi talian Pusat Komuniti Skudai di 010-5351758.

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758