• Home
  • Operasi Sanitasi Pusat Jagaan DAP

Operasi Sanitasi Pusat Jagaan DAP

Saya mengikut rapat dengan Kluster Jalan Mentahak membabitkan golongan warga emas di Pusat Jagaan yang terletak di Taman Johor, Johor Bahru.

Selepas ujian saringan kepada keseluruhan 39 warga emas dan enam (6) kakitangan, keputusan tersebut mendapati 28 orang positif dan mereka telah dikuarantin di tempat lain.

Justeru, Pasukan Sukarelawan Sanitasi Skudai dan Pasukan Sanitasi ADUN Perling menjalankan operasi sanitasi di pusat jagaan tersebut untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Jika anda memerlukan bantuan sanitasi percuma, boleh hubungi Sdr. Kelvan Toh di talian 016-7161 6390.

Bersama-sama #kitajagakita dan sedaya upaya menghapuskan wabak COVID-19 ini.

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758