• Home
  • Mulakan Budaya Politik Baharu Sempena Tahun Baru Cina

Mulakan Budaya Politik Baharu Sempena Tahun Baru Cina

“Tidak kira apa jua yang berlaku pada masa depan, kita tidak akan kehilangan harapan.”

Ini adalah pepatah terkenal oleh penulis Perancis, Hugo, pada 200 tahun yang lalu yang dapat mencerminkan keadaan semasa.

Pada tahun 2019, Tahun Babi, kita telah melalui 5 pilihan raya kecil dan memenangi satu sahaja. Kritikan berleluasa pada media dan dalam talian. Terdapat kritikan yang benar dan salah, hakikatnya, menurut “The State of Southeast Asia: 2020 Survey Report” yang diterbitkan oleh ISEAS, kebimbangan rakyat Malaysia tentang ketidakstabilan politik dalam negeri telah meningkat secara mendadak daripada 45.9% tahun lepas ke 81% dan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi telah meningkat daripada 63.7% pada 2019 kepada 73%.

Keyakinan orang ramai telah merudum sejak setahun lepas dan Pakatan Harapan mula mengalami krisis keyakinan. Namun, melihat kembali realiti, adakah kerajaan Pakatan Harapan benar-benar teruk?

Keputusan yang boleh diperolehi dengan mudah termasuk: Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International yang berjaya meningkat sebanyak 10 tangga pada tahun 2019, Indeks Demokrasi yang diterbitkan oleh Economist Intelligence Unit juga meningkat sebanyak 9 tangga pada tahun 2019, kedudukan mesra perniagaan dunia Malaysia meningkat sebanyak 2 tangga dan peruntukan serta dana kebajikan awam yang diterima oleh sekolah aliran Cina telah mencapai rekod tertinggi, iaitu sebanyak RM193.5 juta. Jumlah kumpulan latihan guru di sekolah rendah Cina juga telah meningkat 5 kali ganda dan jumlah murid khas yang menerima pendidikan meningkat sebanyak 9,000 orang.

Selain itu, kerajaan meraih kejayaan pelaksanaan pas pengangkutan awam Kuala Lumpur My100 dan My50, kejayaan menghantar pulang 150 kontena sisa pepejal plastik dianggarkan 3737 tan metrik ke negara asal pengeksport, kejayaan mengurangkan harga rangkaian dan meningkatkan kelajuan rangkaian,  kejayaan mendemonstrasi 72 kes kegunaan di 56 lokasi langsung 5G di enam negeri, kejayaan mengedarkan e-dompet bagi menggalakkan orang ramai dan perniaga berubah ke arah pendigitalan serta kejayaan menurunkan harga Lebuhraya Utara dan Selatan yang dimiliki oleh syarikat PLUS sebanyak 18% pada 1 Februari 2020. 

Ya, dari segi nombor dan keputusan, Pakatan Harapan nampak bagus!

Walaubagaimanapun, hakikatnya, kita dipengaruhi oleh apa yang dikenali sebagai “kesan negatif” dalam psikologi. Terdapat satu contoh terkenal yang semua orang mesti tahu. Daniel Kahneman, pemenang Hadiah Nobel Ekonomi, mendapati bahawa orang mempunyai kecenderungan tingkah laku “takut rugi”, Bayangkan dua senario: Dalam satu senario, anda akan memperoleh 500 Ringgit, dalam senario lain, anda akan kehilangan 500 Ringgit. Walaupun kedua-dua merupakan 500 Ringgit, anda pasti akan berasa perasaan sakit hati susulan kehilangan wang yang lebih kuat daripada kegembiraan menjana wang. Jelaslah bahawa perasaan kita terhadap perkara yang buruk lebih kuat daripada perkara yang baik.

Pada tahun yang kepas, ramai yang menggunakan isu rasis, ekstrem agama, cauvinis untuk menjadikan modal politik dalam kumpulan sosial masing-masing. Skandal video seks dan pergaduhan dalaman antara parti politik telah membuatkan media dan orang ramai berasa penuh dengan tenaga negatif, sehingga orang ramai mengabaikan kesan yang dibawa oleh dasar-dasar positif. Seluruh negara masih terperangkap dalam kitaran politik ganas sebelum ini. Indeks Demokrasi yang diterbitkan oleh Economist Intelligence Unit pada tahun 2019 menunjukkan bahawa penyertaan politik rakyat Malaysia dan seluruh budaya politik masih belum berubah.

Politik adalah perkara untuk semua orang, bukan hanya permainan untuk ahli politik. Oleh itu, dalam Tahun Tikus ini, kita mesti bekerjasama untuk mencipta budaya politik baharu, kembali ke ruang perbincangan rasional, menolak kemarahan yang saling label melabel dan bergantung kepada bukti sebenar. Kebebasan bersuara bermakna pelbagai idea dibincang dan akhirnya membawa idea reformasi. Kemarahan dan penentangan yang tidak bermakna akan membantutkan perbincangan dan negara akan dijejaskan oleh teguran.

Dari komuniti kecil sehingga ke negara besar, kita semua mempunyai kata sepakat sesama kita, iaitu menambahbaikkan masyarakat kita. Sempena Tahun Baru Cina, marilah kita menggalakkan orang ramai mengambil bahagian dalam perubahan politik. Utamakan ekonomi, reformasi institusi dan reformasi masyarakat supaya masyarakat dan negara dapat berkongsi kemakmuran dengan harapan.

Selamat menyambut Tahun Baru Cina!

Sumber Gambar Cover: ARU

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758