• Home
  • Menyesuaikan Subsidi Penternak Ayam Berdasarkan Harga Global

Menyesuaikan Subsidi Penternak Ayam Berdasarkan Harga Global

Langkah jangka pendek yang diusulkan oleh kabinet baru-baru ini untuk mengatasi isu kekurangan bekalan ayam hanya menangani masalah kekurangan ayam secara tidak langsung. Saya menggesa kerajaan agar menyesuaikan jumlah subsidi penternak ayam setiap minggu mengikut perubahan harga bijirin global supaya menyelesaikan masalah kerugian dan ketidakseimbangan antara bekalan dan permintaan yang disebabkan oleh penetapan harga siling terhadap barangan kawalan.

Kini, tuntutan utama penternak adalah agar kerajaan membatalkan penetapan harga siling ayam supaya penternak ayam dan rantaian bekalan yang berkaitan boleh mengelakkan kerugian.

Namun, langkah jangka pendek kerajaan hanya memudahkan permohonan subsidi, bukannya meningkatkan jumlah subsidi atau menaikkan harga siling ayam.

Saat ini, harga siling bagi harga ayam ladang ialah RM5.60 setiap kg, manakala harga runcit ayam bulat standard ialah RM8.90 setiap kg. Namun, harga makanan ternakan per kg kini telah meningkat antara RM6 hingga ke RM7. Apakah sebabnya penternak ayam perlu menjual ayam dengan kerugian RM1 bagi setiap kg?

Dengan meletusnya perang Rusia-Ukraine dan India melarang eksport gandum, harga global minyak sawit telah melonjak, ini bermakna bijirin seperti gandum, jagung, bungkil kedelai, minyak sawit mentah, dan dedak padi menghadapi gelombang pembelian global. Dengan ini, harganya  berubah setiap minggu serta hampir berlipat ganda.

Harga yang melonjak mencerminkan subsidi kerajaan yang kurang tidak tepat. Kenaikan harga anak ayam memaksa penternak mengurangkan produksi untuk menghadapi krisis. Ini banyak mempengaruhi jumlah bekalan di pasaran.

Saya telah mengunjungi pasar di Skudai baru-baru ini dimana penjual ayam memberitahu bahawa bekalan ayam telah berkurangan 50 peratus dan terdapat juga peniaga yang terpaksa tutup awal.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, pada bulan Februari berkata bahawa bekalan akan distabilkan semula susulan pemberian subsidi kerajaan selama empat bulan. Sebelum Hari Raya, beliau juga pernah menjamin kestabilan bekalan ayam menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun, janji ini kini gagal dipenuhi.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, hanya dapat menggesa penternak ayam untuk mengurangkan keuntungan  dalam masa sukar ini. Apa pula sebab industri penternakan ayam tiba-tiba dianggap sebagai ‘projek amal’ ketika menghadapi ketidakpastian dan kerugian?

Kerajaan tidak seharusnya fokus untuk mengambil langkah jangka pendek seperti mengehadkan eksport dan meningkatkan import kerana ini akan mempengaruhi kredibiliti perjanjian perdagangan luar negara yang ditandatangani oleh perusahaan tempatan. Sebaliknya, kerajaan harus mengutamakan kebajikan para penternak ayam tempatan.

Susulan kenaikan harga makanan ternakan, kerajaan sepatutnya menyesuaikan jumlah subsidi bagi penternak ayam dan rantaian industri yang berkaitan setiap minggu berdasarkan harga makanan global purata selain memastikan subsidi diberikan dalam masa seminggu. Ini bukan sahaja membolehkan penternak ayam meningkatkan pengeluaran ayam malah untung. Kerajaan harus elak daripada meminta penternak ayam menjalankan ‘projek amal’ dengan menanggung kerugian.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758