• Home
  • Menyertai Sambutan Hari Perayaan Orang Asal di Pekarangan Kampung Orang Asli Tamok

Menyertai Sambutan Hari Perayaan Orang Asal di Pekarangan Kampung Orang Asli Tamok

Semalam, saya dijemput menyertai Sambutan Hari Perayaan Orang Asal di Pekarangan Kampung Orang Asli Tamok, Bekok yang terletak bawah Parlimen Labis.

Saya pernah menyertai sambutan berkenaan pada tahun 2017 di Kampung Orang Asli Tamok dan mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi oleh orang asal yang mengenai kepercayaan tradisi, tanah adat resam, perayaan orang asal. 

Semalam saya balik tempat yang sama dan berjumpa dengan kawan yang berjuang bersama untuk hak orang asal, saya rasa amat terharu.

Pada masa yang sama, ramai orang asal mengadu bahawa pegawai JAKOA yang banyak bukan orang asal tidak memahami masalah orang asal dan justeru tidak dapat membantu orang asal secara berkesan.


Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

Parlimen Labis terdapat 6 kampung orang asli dan ramai orang asli yang berketurunan Jakun mendapat balik tanah daripada agensi kerajaan atas usaha mantan ADUN DAP Bekok, Sdr. Lim Eng Guan. Justeru, mereka boleh meningkatkan pendapatan dengan adanya tanah.

Pada zaman pemerintahan Pakatan Harapan di Johor, Kerajaan Johor pada masa itu melantik Sdr. Salleh dari kelompok orang asal menjadi Ahli Majlis Labis. Beliau ialah orang asal yang pertama dilantik menjadi ahli majlis di negeri Johor mahupun di seluruh negara.

Ahli Parlimen dan ADUN DAP juga memanfaatkan peruntukkan bagi meningkatkan infrastruktur orang asal dan mempertahankan kebajikan orang asal.

Mutu kehidupan dan hak orang asal terjamin atas usaha DAP, namun ia masih belum lagi cukup untuk membantu kelompok orang asal.

SUHAKAM pernah mengemukakan Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli1 dan mengesyorkan 18 cadangan untuk menjamin dan mempertahankan hak dan kebajikan orang asal.

Masalah JAKOA perlu dipentingkan dan Kerajaan patut menunaikan cadangan yang dikemukakan oleh SUHAKAM untuk meningkatkan kebajikan orang asal dan menjamin tanah adat resam orang asal.

Saya juga menyeru orang asal memanfaatkan undi di tangan untuk memilih parti yang berjuang untuk hak orang asal.


Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

Sdr. Liew Chin Tong, Sdr. Pang Hock Liong dan Sdri. Marina.

  1. https://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2014/02/Ringkasan-Laporan-Inkuiri-Nasional.pdf ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758