• Home
  • Menteri Kesihatan Baru Perlu Memberi Perhatian kepada Trend COVID-19 di Johor

Menteri Kesihatan Baru Perlu Memberi Perhatian kepada Trend COVID-19 di Johor

Dengan pertukaran jawatan antara Menteri Kesihatan dan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Kementerian Kesihatan akan dipimpin oleh Khairy Jamaluddin yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Kami mendesak Menteri Kesihatan baru untuk memberi perhatian terhadap trend COVID-19 di Johor dan mengumumkan data saringan harian Johor secara telus untuk memantau trend kadar positif harian.

Johor mencatatkan penambahan 2,785 kes baru semalam, dengan purata 1,714 kes baru setiap hari selama tujuh hari yang lalu. Data ini menunjukkan trend keseluruhan yang sangat membimbangkan dan mencapai rekod tertinggi baru. Antara sepuluh daerah di Johor, kawasan Johor Bahru dan utara Johor adalah yang paling teruk.

Selain itu, jumlah kematian di Johor melebihi 30 orang setiap hari selama 14 hari yang lalu. Malah, terdapat 64 kematian dalam satu hari pada 22 Ogos. Ini menjadikan Johor negeri yang paling teruk selepas Lembah Klang.

Kini, hanya ada 108 katil ICU untuk merawat pesakit COVID-19 di Johor. Namun, terdapat 114 pesakit yang memerlukan rawatan ICU, oleh itu penggunaan katil ICU mencapai 106%. Dengan tambahan katil bukan ICU khusus bagi pesakit Covid-19, penggunaan katil ICU masih mencecah 71%. Inimenimbulkan kebimbangan kerana ICU mungkin tidak akan dapat menampung pesakit, terutama di kawasan Johor Bahru yang menghadapi kekurangan katil ICU secara serius.

Sekarang, bukan hanya jumlah kes positif di Johor yang meningkat, tetapi juga jumlah kematian. Ini meningkatkan kebimbangan bahawa tragedi yang berlaku di Lembah Klang mungkin berulang di Johor.

Trend yang semakin memburuk di Johor mencerminkan kepentingan untuk memantau kadar positif, kadar kes kritikal, dan kadar kematian di setiap negeri secara ketat.

Dengan jumlah saringan di seluruh Malaysia, kadar positif harian secara umumnya lebih daripada 10%. Pada 20 Ogos, kadar positif seluruh negara telah mencapai 16.3%, jauh lebih tinggi daripada kadar 5% yang disarankan oleh WHO.

Oleh itu, Menteri Kesihatan baru, Khairy Jamaluddin, didesak untuk meminta Jabatan Kesihatan Negeri mengumumkan data saringan harian Johor secara telus untuk menilai sama ada jumlah saringan yang dilakukan di Johor cukup untuk menangani peningkatan kes yang meningkat setiap hari.

Khairy telah menunjukkan transparansi dalam pengendalian program vaksinasi COVID-19, termasuk mengumumkan jumlah vaksinasi harian dan kadar pendaftaran di setiap negeri. Ini merupakan usaha yang patut dipuji. Kami berharap Khairy dapat meneruskan sikap ini setelah mengetuai Kementerian Kesihatan dengan mengumumkan kes positif secara telus berdasarkan negeri atau daerah untuk memantau perkembangan pandemik.

Kini, Johor berada di tangga keempat dalam jumlah kes positif di seluruh negara. Namun, tahap vaksinasi di Johor adalah salah satu yang terendah. Keadaan yang tidak seimbang ini membinbangkan ramai kerana mereka yang tidak divaksinasi paling berisiko dijangkiti COVID-19.

Kami berharap perubahan dalam jawatan akan membantu Kementerian Kesihatan dalam usaha vaksinasi dan penentangan virus untuk memutuskan rantai wabak COVID-19.

Kita dapat melaksanakan strategi FTTIS+V secara efektif dengan pengumuman data secara telus, yakni cari (FIND), uji (TEST), jejak (TRACE), asing (ISOLATE), sokong (SUPPORT), dan vaksinasi (VACCINE). Ini akan menjadi dasar untuk menilai dan meningkatkan jumlah saringan yang dilakukan bagi setiap negeri.

Sumber Gambar Cover: vietnamplus

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758