• Home
  • Mekanisme Pengagihan Bantuan Beras Kerajaan Negeri Johor Tidak Sistematik

Mekanisme Pengagihan Bantuan Beras Kerajaan Negeri Johor Tidak Sistematik

Menteri Besar Johor, Da mengumumkan bahawa semua rakyat Johor akan diagihkan bantuan 10 kilogram (kg) beras untuk 903 ribu keluarga di negeri ini sebelum 31hb Mei.

Namun, saya mendapat banyak pertanyaan daripada penduduk tentang bagaimana untuk mendapat beras putih percuma daripada Kerajaan Negeri Johor. Mekanisme pengagihan yang tidak sistematik dan tidak mempunyai saluran hebahan untuk pengetahuan umum telah menjadikan rakyat tidak tahu proses mendapat bantuan beras tersebut.

Melalui perkongsian daripada beberapa kumpulan penduduk, kami mendapati bahawa Dewan Raya Taman Universiti (11/5-15/5, 10 pagi hingga 5 petang), Pasar TUTA (12/5 pagi), Depan Kedai Makanan Long Fong (13/5, 3:30 pm hingga 5:30 pm), Tempat Letak Kereta SKS 988 Foodcourt (14/5, 3:30 pm hingga 5:30 pm), Plaza Tasek (17/5, 3:30 pm hingga 5:30 pm) mempunyai program pengagihan bantuan beras.

Namun, info tersebut belum mendapat pengesahan daripada saluran kerajaan. Pengagihan sebegini tidak dapat menjayakan bantuan beras kepada semua keluarga dan ia juga menimbulkan kerisauan terhadap program ini yang bernilai RM 23.7 juta telah dicampur tangan orang politik.

Tambahan pula, walaupun penduduk mendapat bantuan beras perlu mengemukakan MyKad atau bil elektrik, namun Kerajaan Negeri tidak mempunyai mekanisme yang sistematik untuk mengatasi masalah pengambilan bantuan secara berulang dan ini akan menimbulkan ketidakadilan dalam program ini.

Faktor seperti kos untuk pengangkutan beras, elaun untuk Southern Volunteers perlu dirangkumi dalam proses mengubal dasar dan kerajaan juga boleh memberi bantuan dalam bentuk yang lain.

Sehubungan dengan itu, saya menyeru Kerajaan menghentikan program bantuan beras yang tidak efektif dan digantikan dengan bantuan tunai yang dikreditkan ke akaun bank atau mengagihkan baucer membeli belah bagi mengelakkan kumpulan secara beramai-ramai dan meningkatkan risiko penduduk.

Pada masa yang sama, saya juga menyeru Kerajaan Negeri Johor menyediakan saluran hebahan Kerajaan Negeri supaya penduduk mendapat info yang terkini daripada Kerajaan Negeri.

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758