• Home
  • MB Johor Perlu Terbuka Menghadapi Perbezaan Pendapat

MB Johor Perlu Terbuka Menghadapi Perbezaan Pendapat

Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor perlu lebih terbuka dan mendukung prinsip demokrasi untuk menghadapi perbezaan pendapat dan berbincang dengan pihak pembangkang bagi menggerakkan Johor ke arah makmur dan maju.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/614387

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memuat naik video perbahasan Sidang Dewan beliau menerusi laman Facebook dengan menuduh pihak pembangkang dua muka:https://www.facebook.com/watch/?v=3446678465565352

Walaupun Datuk Onn Hafiz masih menggunakan perkataan “rakan strategik” untuk ketua pembangkang, namun perbahasan Menteri Besar Johor dalam sidang dewan menunjukkan beliau bukan pemimpin reformasi dan masih mendukung pemikiran lama UMNO dengan “tidak selesa” terhadap kemunculan pihak pembangkang.

Parti kerajaan yang lebih mudah mendapat informasi dan sumber patut memikul tanggungjawab yang lebih berat untuk menyatukan semua parti politik yang mendukung ideologi yang berbeza.

Tambahan pula, Liew Chin Tong dan Andrew Chen Kah Eng telah mengaku kesilapan yang dilakukan dan menjelaskan isu-isu tertentu menerusi laman Facebook mereka. Pendapat Sheikh Omar yang mengenai turun jalan raya untuk mendesak kerajaan untuk menghadapi inflasi juga adalah kritikan orang ramai terhadap kerajaan terutama kerajaan persekutuan,

Justeru, Datuk Onn Hafiz sebagai Menteri Besar yang muda perlu lebih terbuka untuk menghadapi perbezaan pendapat bagi membangunkan negeri Johor yang maju dan makmur.

Pada 22hb Oktober 2020, saya selaku Setiausaha DAP Johor bertemu dengan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad bagi membincangkan sesuatu persefahaman antara Kerajaan Negeri dengan pihak pembangkang supaya pihak pembangkang boleh memberi sokongan secara bersyarat terhadap bajet Johor 2021 bagi mengelakkan pilihan raya terkejut dan bersama untuk menghadapi cabaran Covid-19.

Akhirnya, Datuk Seri Hasni Mohammad juga menyifatkan pembangkang sebagai rakan strategik yang boleh memberi semak dan imbang kepada kerajaan pada Sidang Dewan Negeri Johor yang diadakan pada November 2021.

Belanjawan Johor 2021 telah menyatakan bahawa pihak pembangkang di negeri Johor mendapat peruntukkan RM 200 ribu dan semua ADUN dapat berkongsi 10 pegawai penyelidik bagi meningkatkan mutu perbahasan dan menggubal dasar.

Selepas peralihan kuasa pada Februari 2020 di Negeri Johor, ramai ADUN pembangkang seperti Yeo Tung Siong, Tan Hong Pin, Tan Chen Choon , Dzulkefly Ahmad telah menggemukan rundingan khas kepada Dewan bagi membincangkan pro-rakyat seperti mengecualikan cukai harta rumah kos rendah, meningkatkan bekalan vaksin di Johor, membenarkan ADUN pembangkang menghadiri Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD), menubuhkan jawatankuasa pilihan bagi menjalankan kajian dan mengemukakan cadangan ke atas kesan penambahan bilangan pengundi berdaftar ekoran dari pelaksanaan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Hasni Mohammad juga mempersetujui dengan cadangan daripada pihak pembangkang untuk menubuhkan lebih banyak jawatankuasa pilihan di bawah Dewan Undangan Negeri Johor supaya semua ADUN dapat menyemak dan bantu melicinkan pentadbiran kerajaan negeri. 

Di samping itu, semua ADUN tanpa mengira parti juga bersetuju untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Johor bagi membenarkan individu yang berumur lebih 18 tahun menjadi calon wakil rakyat negeri untuk melengkapkan pemberdayaan belia dan memberi hak menyertai politik yang menyeluruh kepada anak muda. 

Walaupun pegawai penyelidik dan jawatankuasa pemilihan bawah Dewan Undangan Negeri Johor belum dapat dilaksanakan atas sebab darurat dan pembubaran dewan, tetapi Barisan Nasional juga memasukkan agenda reformasi politik dalam Ikhtiar BN Johor pada masa PRN Johor 2022 dengan memberi peruntukkan yang sama rata kepada ADUN kerajaan dan pembangkang serta menubuhkan lebih banyak jawatankuasa pemilihan di Dewan Undangan Negeri.

Kerjasama antara kerajaan negeri dan pembangkang yang memberi pendapat yang konstruktif dalam 2 tahun yang lalu telah memberi satu contoh demokrasi berparlimen yang terbaik untuk negeri Johor.

Pertumbangan BN pada tahun 2018 telah menunjukkan tiada sesuatu parti boleh memerintah selama-lamanya serta tidak ada satu parti pun yang boleh monopoli dan menang bersendirian.

Justeru, Datuk Onn Hafiz Ghazi diggesa menunaikan janji dengan memberi peruntukkan yang sama rata dan menubuhkan jawatankuasa pilihan bawah Dewan Undangan Negeri supaya agenda reformasi politik dapat dicapai dan mengusahakan sistem demokrasi yang berpositif untuk membangunkan Negeri Johor ke arah makmur dan maju.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758