• Home
  • Majlis Malam Tahun Baru Cina akan diadakan pada 11 Februari

Majlis Malam Tahun Baru Cina akan diadakan pada 11 Februari

Ahli Parlimen DAP Bakri, YB Tan Hong Pin dan ADUN Bentayan, YB Ng Yak Howe akan mengadakan Majlis Malam Tahun Baru Cina pada 11 Februari (Sabtu), 6 petang Jalan Haji Abu.

Ini adalah acara perayaan umum pertama yang dianjurkan oleh DAP Bakri setelah pandemik COVID-19 selama tiga tahun dan juga selepas Pilihan Raya Umum ke-15. Perayaan ini bertujuan untuk merayakan Tahun Baru Cina bersama penduduk Muar dan untuk meningkatkan perpaduan komuniti di Muar.

Majlis Malam Tahun Baru Cina Bakri merupakan salah satu inisiatif oleh DAP Bakri untuk menghidupkan kembali kota lama Muar. Harapan kami adalah melalui pelbagai aktiviti, kita dapat sama-sama merancakkan lagi jalan-jalan lama Muar dan membolehkan orang ramai untuk berhenti di kota lama Muar sambil menikmati keunikan budaya kota lama Muar.

Majlis malam tersebut merangkumi pelbagai persembahan menarik dari kumpulan-kumpulan seni tempatan Muar, termasuk nyanyian koir, muzik Cina, Yo-yo Cina, gendang 24 Musim, tarian naga, tarian singa, dan banyak lagi aktiviti persembahan yang menarik. Selain itu, akan ada juga cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan. Kehadiran adalah percuma. Kami mengalu-alukan semua untuk bersama-sama merayakan acara ini.

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758