• Home
  • Lions club of Johor Laughter Yoga Sumbang Pelindung Muka

Lions club of Johor Laughter Yoga Sumbang Pelindung Muka

Lions club of Johor Laughter Yoga telah menyumbang lebih daripada 600 pelindung muka kepada Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai untuk menyokong aktiviti sanitasi di komuniti Skudai. Penyumbangan ini diterima oleh Ahli Dewan Negeri Skudai, Tan Hong Pin.

Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai, yang ditubuhkan pada 18 Februari, telah menjalankan aktiviti sanitasi di pelbagai tempat awam dan kediaman pesakit yang disahkan positif di Skudai untuk memutuskan rantaian penularan wabak ini.

Presiden Lions club of Johor Laughter Yoga, Karen Kong, menyatakan bahawa pelindung muka  ini adalah hasilan sukarelawan ahli kelab. Sebilangan  pelindung muka dihasilkan dengan pencetak 3D yang menggunakan teknologi yang lebih canggih untuk memberikan sumbangan dalam usaha melawan pandemik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli Lions club of Johor Laughter Yoga atas usaha mereka dan berharap sumbangan ini dapat memberikan kesan yang positif dengan mendorong lebih ramai orang untuk turut serta dalam aktiviti melawan pandemik serta bersama-sama berusaha agar pandemik ini segera berakhir dan kehidupan kembali normal.

Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai juga akan terus melakukan kerja sanitasi di sekolah, kawasan perumahan, pasar tempatan dan tempat awam lain di dalam kawasan pilihan raya. Dengan ini, kita sama-sama berusaha untuk mengurangkan nilai kebolehjangkitan (R0) dan memberikan sumbangan dalam pengawalan wabak di Johor Bahru.

Pasukan Sukarelawan Sanitasi DAP Skudai beroperasi atas dasar sukarela. Oleh itu, saya mengajak orang ramai untuk menyumbangkan barang-barang yang diperlukan untuk kerja sanitasi seperti PPE, pelindung muka, penyembur sanitasi, pencuci tangan, sarung tangan atau sumbangan kewangan. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, sila hubungi atau WhatsApp 010-5351758.

Selain itu, penduduk, persatuan, sekolah, gereja atau kuil yang memerlukan perkhidmatan sanitasi boleh menghubungi Pusat Komuniti Skudai di 010-5351758. Kami akan menilai dan mencadang operasi sanitasi yang bersesuaian.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758