• Home
  • Kuota VTL Tinggal Separuh, Menteri Pengangkutan Didesak Membantu Warganegara di Singapura untuk Kembali ke Malaysia Sempena Musim Perayaan

Kuota VTL Tinggal Separuh, Menteri Pengangkutan Didesak Membantu Warganegara di Singapura untuk Kembali ke Malaysia Sempena Musim Perayaan

  1. Mulai hari ini, bilangan kuota yang diperuntukkan untuk Skim Vaccinated Travel Lane (VTL) antara Malaysia dan Singapura dipotong separuh mengakibatkan cuma lebih kurang 1,000 orang sahaja dapat merentasi sempadan negara setiap hari.1
  1. Sempena musim perayaan Tahun Baru Cina, warganegara Malaysia yang merantau bekerja di Singapura yang mencecah setengah juta orang rata-rata ingin kembali ke kampung halaman di Malaysia menziarahi keluarga masing-masing. Lebih-lebih lagi, ramai antara mereka telah berpisah dengan keluarga selama dua tahun akibat penutupan sempadan ekoran penularan wabak Covid-19.
  1. Tan Hong Pin (ADUN Skudai – DAP) membangkitkan isu tersebut dengan meningkatkan kuota VTL sehingga 10 ribu orang setiap hari2, namun pihak yang bertanggungjawab tidak mengendahkan suara rakyat. Kuota VTL yang dipotong separuh sememangnya langsung tidak mampu menampung jumlah permintaan yang begitu tinggi daripada golongan pekerja kita yang ingin kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia.

Sumber: https://www.sgyezi.com/info/90-i4073.html

  1. Kami menyeru Dr. Wee Ka Siong selaku Menteri Pengangkutan mengambil langkah proaktif untuk membantu warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura berjumpa semula dengan keluarga di Malaysia.
  1. Berdasarkan maklumat daripada pihak berkepentingan, peningkatan kuota VTL sehingga 10,000 orang sehari tidak mendepani masalah teknikal dalam aspek pengaturan pengangkutan awam dan pengawalan penularan wabak Covid. Untuk pengetahuan umum, Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura boleh menampung 300 ribu orang sehari sebelum penutupan sempadan akibat Covid-19.
  1. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong juga Ahli Parlimen Kawasan Ayer Hitam Negeri Johor. Sudah tentu beliau tidak asing dengan masalah ribuan keluarga Malaysia yang semakin hari semakin rindu akan ahli keluarga yang tersayang yang dipisahkan oleh dasar pengawalan sempadan. 
  1. Oleh yang demikian, sekali lagi kami memanggil Menteri Pengangkutan tampil segera demi memperjuangkan hak-hak rakyat Malaysia yang ingin balik ke pangkuan keluarga sempena musim perayaan. Permintaan kepada pihak Singapura supaya kuota VTL ditingkatkan ke 10 ribu orang setiap hari adalah munasabah dan boleh dicapai.
  1. Di samping itu, sewajarnya VTL diperluaskan untuk kenderaan penumpang biasa malah perkhidmatan KTMB Komuter Shuttle Tebrau di bawah bidang kuasa Menteri Pengangkutan. Risiko penularan Covid melalui kereta sudah tentu lebih rendah berbanding bas. Baik kerajaan mahupun parti pembangkang, adalah tangggungjawab kita untuk berusaha memastikan ribuan keluarga yang terpisah dapat disatukan sempena musim perayaan yang akan datang.
  1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913900/jualan-tiket-bas-penerbangan-vtl-malaysia-singapura-mulai-hari-ini ↩︎
  2. https://www.facebook.com/hongpintan/posts/459922052369859 ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758