• Home
  • Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor Diadakan Pada 2 Mei

Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor Diadakan Pada 2 Mei

Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor akan diadakan pada 2 Mei di Grand Sea View Restaurant, Batu Pahat. (Lot 4336, Batu 2 ¼, Jalan Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat)

Saya mengingatkan semua wakil DAP Johor untuk hadir ke Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor di Batu Pahat pada 2 Mei bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil.

Pendaftaran untuk konvensyen akan bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi. Oleh itu, semua wakil harus tiba lebih awal di lokasi tersebut untuk memastikan kelancaran proses pendaftaran. Susualn penularan COVID-19, setiap wakil perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Oleh itu, waktu pendaftaran dijangka akan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa.

Satu daripada agenda penting Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor adalah pemilihan 15 ahli jawatankuasa negeri daripada 40 calon untuk membentuk kepemimpinan negeri yang baru.

Saya mengingatkan semua wakil untuk membawa kad pengenalan untuk proses pendaftaran. Semasa pendaftaran, wakil diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP untuk mengelakkan penyebaran COVID-19.

Selain itu, Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor kali ini hanya terbuka untuk wakil yang dijemput dan tidak terbuka kepada orang ramai untuk hadir sebagai pemerhati disebabkan oleh SOP.

Sumber Gambar Cover: The Interview

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758