• Home
  • Kes Penipuan Berleluasa, Rakyat Harus Waspada

Kes Penipuan Berleluasa, Rakyat Harus Waspada

Kes penipuan semakin berleluasa, saya menggesa rakyat untuk meningkatkan kewaspadaan, sementara itu, pihak polis, Bank Negara, dan pihak bank juga diminta untuk melindungi keselamatan aset rakyat.

Baru-baru ini, saya bersama Timbalan Pengerusi DAPSY Johor, Tan Boon Kuang telah menerima aduan daripada seorang mangsa penipuan yang bergelar Wong. Menurutnya, akaun simpanan, akaun semasa, dan kad kreditnya telah diguna tanpa izin dan kerugiannya mencecah RM25,500.

Mangsa menunjukkan bahawa dia tidak menerima sebarang kod pengesahan transaksi (TAC No.). Namun, wang dalam akaun banknya tiba-tiba hilang. Mangsa telah membuat laporan polis dan akan terus berhubung dengan bank terlibat dan Bank Negara untuk tindakan lanjut.

Kes penipuan semakin meningkat. Penipu menggunakan berbagai cara termasuk menyamar sebagai pegawai bank, pegawai  Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis, kakitangan syarikat telekomunikasi, atau melalui pautan palsu untuk mendapatkan maklumat. Ini menyebabkan ramai mangsa kehilangan simpanan bertahun-tahun dalam sekelip mata.

Pihak polis dan Bank Negara perlu meningkatkan kecekapan dalam menyelesaikan kes, manakala pihak bank perlu meningkatkan tahap keselamatan sistem untuk melindungi keselamatan aset rakyat.

Saya berharap rakyat berwaspada. Sebarang hubungan telefon yang berkaitan dengan wang, akaun bank dan sebagainya perlu diberi perhatian untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758