• Home
  • Kerajaan Tidak Telus Guna RM5 Bilion daripada KWAN

Kerajaan Tidak Telus Guna RM5 Bilion daripada KWAN

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, telah menggunakan Ordinan Darurat untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).  Pindaan ini telah membolehkan kerajaan memperuntukkan sebanyak lima bilion untuk tujuan pembelian vaksin dan perbelanjaan berkaitan. Tindakan ini sangat tidak wajar dan tidak mengikut prinsip ketelusan.

Tengku Zafrul mengumumkan dalam bajet tahun lepas bahawa peruntukan RM3 bilion diperuntukkan untuk tujuan vaksinasi negara, termasuk RM2.05 bilion untuk pembelian vaksin dan RM1 bilion untuk pengangkutan dan penyimpanan.

Ketika Tengku Zafrul mengumumkan bajet, beliau tidak memberitahu para ahli parlimen bahawa kos RM3 bilion tersebut diperoleh dari KWAN. Kini, beliau menyatakan bahawa RM3 bilion itu tidak terkandung dalam bajet. Adakah ini berintegriti?

Kini Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, menyatakan bahawa perbelanjaan untuk pembelian vaksin meningkat kepada RM3 bilion, dengan tambahan RM2 bilion untuk kos pusat vaksinasi dan elaun kakitangan perubatan.

Rakyat lebih ingin tahu bagaimana RM3 bilion daripada bajet digunakan, dan berapa peruntukan yang diperlukan untuk setiap pusat vaksinasi, selain daripada penambahan peruntukan kerajaan.

Rakyat sebagai pembayar cukai berhak tahu bagaimana cukai mereka digunakan. Namun, Parlimen dibekukan semasa darurat, wakil rakyat juga kekurangan saluran untuk memantau kerajaan.

Memang biasa bagi kerajaan untuk mengumumkan tambahan peruntukan dalam situasi yang penting, kredibiliti program vaksinasi negara akan ditingkatkan dan kebimbangan rakyat terhadap vaksinasi akan dikurangkan selagi prosedur telus dan perdebatan di Parlimen dilakukan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Namun, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditutup dan hak rakyat mengambil tahu maklumat diabaikan. Sudah tentu pengurusan yang tidak telus ini menyebabkan rakyat sukar untuk memberi keyakinan kepada keupayaan kerajaan Perikatan Nasional yang rapuh.

Sumber Gambar Cover: Malaysia-China Insight

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758