• Home
  • Kerajaan Perlu Sediakan Pakej Sokongan PKP, Bantu Rakyat Hadapi Pandemik

Kerajaan Perlu Sediakan Pakej Sokongan PKP, Bantu Rakyat Hadapi Pandemik

Susulan kes COVID-19 yang terus mencatat rekod baru, kerajaan perlu menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya untuk mengawal penularan virus. Namun, kerajaan juga perlu menyediakan bantuan untuk membantu rakyat yang menghadapi kesukaran semasa PKP.

Baru-baru ini, Menteri Besar bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim, untuk mengadakan mesyuarat khas antara ahli parlimen negeri dan negara untuk membincangkan cara membantu warga Johor yang terjejas oleh pandemik. Saya menyambut baik inisiatif ini.

Dalam memerangi pandemik, kerajaan perlu menunjukkan “ketegasan” dan “kepimpinan” menghadapi pandemik, bukan membuat keputusan pusingan U.

Sebelum ini, saya mendapat berita bahawa Kerajaan Persekutuan pernah mengundang Menteri Besar Selangor untuk menghadiri mensyuarat. Namun, undangan tersebut kemudian dibatalkan. Kini, terdapat berita bahawa Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri lain akan menghadiri perbincangan. Ini menyebabkan orang ramai berasa bingung tentang strategi pandemik Kerajaan Persekutuan.

Pada 14 Oktober 2020, saya sudah mengingatkan Kerajaan Persekutuan supaya berkomunikasi tentang SOP dengan kerajaan negeri untuk menghadapi risiko wabak.

Oleh itu, kita perlu belajar dari pengalaman dan mengelak masalah yang serupa berulang kerana ini akan menyebabkan rakyat menderita.

Jika PKP diumumkan, kerajaan perlu mengeluarkan pakej sokongan untuk mengurangkan kerugian kepada rakyat dan sektor perniagaan.

Saya mencadangkan beberapa langkah berikut:

  1. Semua jabatan Kerajaan Persekutuan perlu bersiap sedia untuk mengeluarkan SOP sebaik sahaja PKP diumumkan.
  2. Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu berkoordinasi dengan Kerajaan Persekutuan setelah PKP diumumkan abgi mengeluarkan SOP untuk membantu rakyat dan perniagaan kecil.
  3. PKP perlu ada tempoh penyesuaian, saya sarankan 3 hari bagi perniagaan dan pekerja menyusun kerja.
  4. Kerajaan negeri perlu menambah peruntukan kepada ahli dewan negeri untuk persediaan pakej bantuan makanan semasa kesukaran.
  5. Ahli parlimen dan dewan negeri perlu mendapat maklumat terkini tentang pandemik dan dibenarkan menghadiri mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah untuk memastikan pengeluaran pendekatan “kerajaan keseluruhan” dan “masyarakat keseluruhan” dalam menghadapi penyebaran pandemik, terutamanya di kawasan “super merah” seperti Johor Bahru.
  6. Kerajaan negeri perlu menubuhkan “stesen saringan RTK” secara berperingkat di kawasan industri dan zon merah dan melaksanakan “saringan pintu ke pintu” untuk meningkatkan jumlah saringan serta mengenal pasti “pembawa asimptomatik” bagi memutuskan rantaian penularan.
  7. Kerajaan Persekutuan perlu segera melanjutkan “Skim Subsidi Upah”, menambah jumlah subsidi dan membuka semula “Geran Khas Prihatin” serta “Bantuan Prihatin Rakyat”.
  8. Walaupun Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan “penangguhan bayaran balik pinjaman secara automatik”, bank masih boleh kekal untung. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan  perlu mendorong “skim penangguhan pembayaran balik pinjaman” untuk mengurangkan beban pembayaran hutang rakyat.
  9. Kerajaan Persekutuan harus menyuntik dana ke dalam Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional serta menyediakan skim pinjaman mikro 0% faedah untuk menghadapi penutupan besar-besaran.
  10. Kerajaan Persekutuan perlu bekerjasama sepenuhnya dengan Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan jumlah pusat vaksinasi dan cabutan bertuah bagi menggalakkan lebih ramai orang untuk divaksinasi.

Pada masa pandemik, kita tidak boleh terlibat dalam perbalahan politik. Kerajaan harus menyediakan pakej sokongan untuk membantu rakyat mengatasi kesukaran hidup, selain menjaga perusahaan kecil dan sederhana untuk mengelak pengangguran besar-besaran.

Kerajaan Persekutuan dan negeri harus menggunakan kuasa awam untuk menunjukkan tekad memerangi pandemik dan menunjukkan niat baik selain melibatkan semua ADUN dan Ahli Parlimen dalam perang melawan COVID-19 bagi membantu rakyat mengharungi masa-masa yang sukar ini.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758