• Home
  • Kerajaan Perikatan Nasional harus meningkatkan sistem BPN 2.0 untuk mempermudah proses permohonan bantuan

Kerajaan Perikatan Nasional harus meningkatkan sistem BPN 2.0 untuk mempermudah proses permohonan bantuan

Dengan pembukaan permohonan Bantuan Prihatin Nasional fasa kedua (BPN 2.0), saya menyeru kerajaan Perikatan Nasional untuk mengkaji semula mekanisme permohonan Bantuan Prihatin Nasional. Kerajaan sepatutnya menaik taraf sistem dan juga menyenaraikan nama bank penerima serta empat angka terakhir dari akaun bank pada halaman pemeriksaan rasmi bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bantuan.

Sejak pembukaan bantuan bagi fasa kedua, Pusat Komuniti Skudai telah menerima pertanyaan dan permohonan daripada beratus-ratus orang. Kami mendapati bahawa beberapa penerima yang seharusnya tergolong dalam kumpulan keluarga terkumpul dalam kumpulan tunggal. Akibatnya, jumlah bantuan yang diterima telah berkurangan.

Situasi ini kerap berlaku. Masalah sebegini juga didapati ketika pembayaran wang fasa pertama dilakukan. Walaubagaimanapun, rayuan tidak dapat dibuat melalui laman web rasmi.

Oleh itu, saya menyeru kerajaan Perikatan Nasional untuk mempermudah mekanisme rayuan agar kumpulan ini juga dapat mengemas kini maklumat mereka melalui laman web rasmi, dan bukannya menyerahkan permohonan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara langsung, terutamanya ketika wabak sedang menular.

Di samping itu, masih terdapat banyak individu dalam masyarakat kita yang tidak tahu atau tidak dapat menggunakan komputer. 

Kumpulan ini kebanyakannya merupakan individu yang berusia atau berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Apabila kerajaan menjalankan dasar yang inovatif dan mudah, pihak kerajaan mesti mempertimbangkan keperluan golongan ini untuk memastikan bahawa bantuan dapat benar-benar diserahkan kepada kumpulan yang memerlukan.

Melihat kembali langkah-langkah pembayaran Bantuan Prihatin Nasional, banyak orang tua-tua tidak tahu menggunakan kemudahan Internet, atau tidak tahu mengenai cara log masuk ke laman web

Bantuan Prihatin Nasional untuk memeriksa akaun bank penerima. Ini menyebabkan mereka wajib menghadirkan diri ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menerima wang tunai.

Oleh itu, saya meminta kerajaan Perikatan Nasional untuk merujuk kepada kaedah pembayaran wang yang dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan bagi Bantuan Sara Hidup (BSH), pada masa yang sama meningkatkan sistem laman web rasmi yang disediakan dengan menyenaraikan nama bank penerima dan menyatakan empat angka terakhir bagi akaun bank mereka. 

Ini akan memudahkan para penerima untuk memeriksa maklumat bank melalui Internet atau membolehkan individu untuk membantu kumpulan yang lemah bagi mendapatkan bantuan.

Risiko jangkitan kluster baharu juga dapat direndahkan jika penerima dapat mengambil tahu tentang nama bank di mana wang telah dikreditkan kerana hal ini mengurangkan jumlah orang yang berhimpun di Bank Simpanan Nasional untuk mendapat maklumat.

Sumber Gambar Cover: Wiser

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758