• Home
  • Kerajaan Pelu Belajar Daripada Pelajaran Dengan Menubuhkan Majlis Penasihat Harga

Kerajaan Pelu Belajar Daripada Pelajaran Dengan Menubuhkan Majlis Penasihat Harga

Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga siling ayam akan diberhentikan penguatkuasaan dan kerajaan tidak akan terus memberi subsidi kepada penternak ayam sejak 1hb Julai 2022.

Ini bermaksud kawalan harga yang selama 146 hari akan berakhir.

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=562804075214157&set=pcb.562804118547486

Namun, kerajaan perlu belajar daripada pelajaran mengenai isu krisis ayam yang berlaku selama ini supaya krisis yang disebabkan kawalan harga tidak berulang lagi.

Kerajaan pada awalnya ingin menggunakan taktik kawalan harga bagi mengawal harga ayam menampung tetapi kawalan harga juga membawa kesan buruk kepada rantaian bekalan ayam seperti pengusaha dan penternak ayam tidak dapat menampung harga makanan haiwan yang semakin tinggi.  

Selain itu, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada pengusaha dan penternak ayam tidak tepat masa dan proses permohonan yang rumit telah menyebabkan hanya RM 50 juta berjaya diberikan dan angka ini jauh daripada bajet yang ditetapkan, iaitu RM 700 juta.

Saya berjalan di sekitar Pasar Malam Tenang bawah Parlimen Labis dan mendengar keluhan penjaja pasar malam. Penjaja berkata bahawa bekalan ayam masih berdepan dengan kekangan dan penjaja akan mengalami kerugian sekiranya mengikut harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) perlu menubuhkan Majlis Penasihat Harga berdasarkan Akta Kawalan Harga Dan Akta Antipencatutan 2011(Akta 723). [1]

Pegawai KPDNHEP mempunyai kuasa untuk menetapkan harga maksimum atau minimum atas kelulusan Menteri bawah Seksyen 4, Akta Kawalan Harga Dan Akta Antipencatutan 2011.

Selain itu, Menteri KPDNHEP mempunyai kuasa untuk menubuhkan Majlis Penasihat Harga bawah Seksyen 41, Akta Kawalan Harga Dan Akta Antipencatutan 2011 bagi memberi nasihat tentang pentetapkan harga maksimum atau minimum produk atau perkhidmatan kepada Menteri.

Ahli Majlis Penasihat Harga ditubuhkan daripada Ketua Setiausaha KPDNHEP atau wakilnya, Menteri juga boleh melantik 4 wakil dan 6 wakil dari pelbagai bidang dan tempoh pelantikannya adalah dua tahun. 

Walaupun sekarang mempunyai Majlis Tertinggi Sara Hidup Negara (NACCOL) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, namun orang awam dan peniaga tidak tahu pengiraan harga siling dan cara penetapan harga secara tidak telus dan tidak profesional perlu diubah.

Sumber: https://www.facebook.com/photo?fbid=562804078547490&set=pcb.562804118547486

Justeru, saya menyeru KPDNHEP menubuhkan Majlis Penasihat Harga dan mengumpulkan segala ahli profesional daripada pelbagai bidang bagi menetapkan harga siling secara telus dapat sentiasa memantau harga barangan keperluan secara berkala serta memberi langkah profesional segera bagi meringankan beban rakyat.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758