Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) Johor Wajib Mempercepatkan Proses Pembaharuan Secara Automatik dan Proses Permohonan Kad Sihat Johor Tahun 2021

Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) Johor diminta memberi penjelasan dan digesa untuk mempercepatkan proses pembaharuan secara automatik dan membuka proses permohonan baru Kad Sihat Johor bagi tahun 2021.
Kami, ADUN Pembangkang Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri PN Johor yang akan meneruskan Program Kad Sihat Johor pada tahun ini seperti yang dinyatakan oleh YB Vidyananthan A/L Ramanadhan, Pengerusi Jawatankuasa (EXCO) Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor semasa membuat penggulungan Belanjawan Negeri Johor tahun 2021 di Sidang Dewan Negeri Johor (DUN) pada 3hb Disember 2020.
Akan tetapi, EXCO Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri PN Johor sedang meneliti mekanisme yang lebih produktif dan berkesan bagi pelaksanaan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021 di Sidang DUN yang sama.
Malangnya, sudah lepas tiga (3) bulan, Kerajaan Negeri PN Johor masih tidak dapat mengenal pasti mekanisme pelaksanaan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021 yang lebih produktif dan berkesan seperti yang dinyatakan dalam Sidang DUN lepas. Apakah punca sebenarnya?
Hal ini boleh dikaitkan sejak 1hb Jan 2021, pejabat Khidmat ADUN Pembangkang Negeri Johor telah menerima banyak maklumbalas daripada pemegang-pemegang Kad Sihat Johor bahawa kad tersebut tidak boleh digunakan untuk bayaran kos rawatan kesihatan asas lagi ketika mereka ingin mendapatkan rawatan perubatan daripada panel-panel kilink.
YB ADUN Pembangkang difahamkan bahawa pemegang-pemegang Kad Sihat Johor telah dimaklumkan bahawa tempoh sah terakhir kegunaan bagi kad tersebut telah tamat pada 31hb Disember 2020 oleh petugas panel klinik.
Sehingga kini, pemegang-pemegang Kad Sihat Johor sedia ada tidak menerima kad baru telah menyebabkan mereka tidak dapat menikmati rawatan kesihatan asas di panel-panel klinik yang disediakan oleh Kerajaan Negeri PH sebelum ini dan rakyat Johor yang berkelayakan tidak dapat membuat permohonan baru disebabkan tiada kenyataan rasmi daripada Kerajaan Negeri berkenaan permohonan Kad Sihat Johor bagi tahun 2021 telah dibuka.
Sepertimana sedia maklum, Program Kad Sihat Johor merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membantu rakyat Johor terutamanya kelompok B40 bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan yang terbahagi kepada kategori individu dan keluarga.
Selain itu, ADUN Jementah pernah memaklumkan perkara tempoh sah kegunaan Kad Sihat Johor bagi Tahun 2021 kepada EXCO Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Johor melalui surat pada 8hb Januari 2021. ADUN Bekok juga pernah memohon penjelasan daripada YAB Menteri Besar berkenaan perkara ini melalui surat pada 1hb Februari 2021. Tetapi, kedua-dua pihak (EXCO dan YAB Menteri Besar Johor) tiada sebarang maklum balas sampai sekarang.
Justeru itu, kami meminta penjelasan dan menggesa Kerajaan Negeri Perikatan Nasional (PN) Johor mempercepatkan proses pembaharuan secara automatik dan membuka proses permohonan baru Kad Sihat Johor bagi tahun 2021.
TAMAT
KENYATAAN MEDIA BERSAMA OLEH ADUN PH JOHOR :
TAN CHEN CHOON, ADUN JEMENTAH
TAN HONG PIN, ADUN SKUDAI
NG YAK HOWE, ADUN BENTAYAN
YEO TUNG SIONG, ADUN PEKAN NANAS
CHEO YEE HOW, ADUN PERLING
CHEW CHONG SIN, ADUN MENGKIBOL
EE CHIN LI, ADUN TANGKAK
DR. S. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH, ADUN BEKOK
HAJI SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI, ADUN PALOH
CHEW PECK CHOO, ADUN YONG PENG
GAN PECK CHENG, ADUN PENGGARAM
GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM, ADUN TIRAM
HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM, ADUN SENGGARANG
NOR HAYATI BINTI BACHOK, ADUN MAHARANI
SR. DZULKEFLY BIN AHMAD, ADUN KOTA ISKANDAR
MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN, ADUN PULAI SEBATANG

JIMMY PUAH WEE TSE, ADUN BUKIT BATU
DR. SULAIMAN BIN MOHD NOR, ADUN KEMELAH
IR. DR. FAIZUL AMRI BIN ADNAN, ADUN SEROM
MOHD. KHUZZAN BIN ABU BAKAR, ADUN SEMERAH
Sumber Gambar Cover: China Press
Kategori