• Home
  • Kerajaan Digesa Umum Versi Ringkas SOP, Mudahkan Masyarakat

Kerajaan Digesa Umum Versi Ringkas SOP, Mudahkan Masyarakat

Susulan kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, sektor ekonomi mula dibuka secara beransur-ansur. Dengan ini, Malaysia mula memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’.

Apabila memasuki Fasa Peralihan Endemik, kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri harus segera mempermudah semua Prosedur Operasi Standard (SOP) agar rakyat dapat mematuhi SOP dengan mudah.

Pada awal September, Menteri Kesihatan baru, Khairy Jamaluddin, mengumumkan bahawa Covid-19 akan dianggap sebagai endemik. Dia berkata, sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia untuk menerima kenyataan bahawa Covid-19 akan berada di kalangan masyarakat, dan dengan itu harus belajar hidup dengan virus tersebut. Dia berjanji bahawa kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah untuk memudahkan SOP sedia ada supaya tak terlalu banyak dan rumit.

Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein, pada akhir September juga pernah menyatakan bahawa kerajaan bermatlamat mengurangkan 181 SOP yang merangkumi keempat-empat fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) kepada 10 SOP sahaja dan melaksanakannya pada akhir Oktober menjelang peralihan negara ke fasa endemik.

Kini telah memasuki akhir Oktober, kadar vaksinasi telah mencapai 95% bagi dewasa. Namun, SOP versi ringkas masih belum diumumkan dan orang ramai masih perlu merujuk kepada pelbagai SOP yang berbeza.

Tambahan pula, sesetengah SOP melebihi 30 halaman dan setiap sektor industri terdapat waktu pembukaan atau peraturan yang berbeza. SOP yang rumit dan tidak akan membantu pemulihan ekonomi ini hanya akan menambah kekeliruan kepada masyarakat.

Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein, pernah menyatakan pada pertengahan Oktober bahawa proses memperkemas SOP  telah selesai dan akan memohon kelulusan Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri. Kini hampir akhir bulan Oktober, kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat mengenai kemajuan SOP yang dipermudah.

Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk mengumumkan SOP yang dipermudah supaya para peniaga dan masyarakat boleh mematuhi SOP dengan mudah selain mencegah Covid-19.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758