• Home
  • Kerajaan Digesa Tubuh RCI Siasat Skandal LCS

Kerajaan Digesa Tubuh RCI Siasat Skandal LCS

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli sekali lagi membuat pendedahan bahawa projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah milik keluarga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad di mana isterinya menggunakan syarikat berstatus syarikat pesisir luar pantai (“offshore”).  Saya menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat skandal pembelian LCS dan memastikan mereka yang bersekongkol dengan rasuah didedahkan untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap pertahanan negara. 

Pada minggu lepas, Rafizi mendakwa sejumlah RM192 juta dipindahkan kepada sebuah syarikat luar pesisir yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan pembekalan tidak wujud yang bernama Alizes Marine Limited1, menurut siasatan dalaman oleh Boustead Heavy Industries Corporation Bhd. Setakat ini, tiada pemimpin kerajaan yang membantah dakwaan ini.

Data terbaru menunjukkan bahawa Zainab, melalui kepemilikan langsung dan tidak langsung, mengawal syarikat pesisir luar pantai iaitu Alizes Marine Limited yang didaftarkan di Malta dan sebuah lagi syarikat bernama Alizes Marine Labuan yang didaftarkan di Labuan2.

Walaupun Dr Abdul Latiff menafikan individu bernama Zainab adalah isteri kepada beliau3, kerajaan dan pembayar cukai Malaysia tetap mengalami kerugian dalam kes pembelian LCS. Untuk menyelesaikan enam kapal tempur, bajet perlu ditambah kepada RM11 biliondari RM9.7 bilion4.

Isu seperti kapal selam Scorpene dari Perancis yang tak jelas fungsi, kes pencurian enjin jet dan lain-lain, telah menyebabkan rakyat kehilangan kepercayaan terhadap pertahanan negara. Dalam  Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDAI) yang dikeluarkan oleh Transparency International pada tahun 2020, Malaysia sekadar meraih gred D5.

Semakin banyak rincian penyalahgunaan kuasa yang tidak masuk akal terdedah, seperti pembelian peralatan tanpa mengambil kira pandangan angkatan laut, yang kini menyatakan bahawa kelewatan projek LCS memberi kesan negatif6. Ini menggugat keyakinan rakyat terhadap pertahanan negara.

Veteran DAP, Lim Kit Siang pernah meminta Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein menubuhkan RCI untuk penyiasatan7. Seterusnya, Hishammuddin dalam Dewan Negara telah berjanji akan mencadangkan penubuhan RCI kepada kabinet untuk menyiasat skandal pembelian LCS secara menyeluruh8, namun kabinet masih belum membuat keputusan tentang hal ini9.

Presiden UMNO, Ahmad Zahid juga mendesak kerajaan untuk segera mengadakan pilihan raya oleh sebab isu LCS10.

Saya mendesak kerajaan untuk tidak tunduk kepada tekanan dan segera membuat keputusan di mesyuarat kabinet minggu ini untuk menubuhkan RCI demi menyiasat skandal LCS secara menyeluruh dan menghukum individu yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah demi memulih kepercayaan rakyat Malaysia terhadap kemampuan pertahanan negara dalam melindungi tanah air.

Sumber Gambar Cover: The Star

  1. Alizes Marine Limited, Syarikat Palsu Pindah Wang Dari Projek LCS,2022-8-18
    https://rafiziramli.com/2022/08/alizes-marine-limited-syarikat-palsu-pindah-wang-dari-projek-lcs/
    ↩︎
  2. Syarikat Palsu Dimiliki Keluarga Menteri, 2022-8-22
    https://rafiziramli.com/2022/08/syarikat-palsu-dimiliki-keluarga-menteri/
    ↩︎
  3. 拉迪夫否认再娜是其妻子,表明愿意配合调查,2022-8-22
    https://www.themalaysianinsight.com/chinese/s/397514
    ↩︎
  4. 报告:严重超支 6战舰或需逾111亿,2022-8-17
    https://www.enanyang.my/%E8%A6%81%E9%97%BB/%E6%8A%A5%E5%91%8A%E4%B8%A5%E9%87%8D%E8%B6%85%E6%94%AF-6%E6%88%98%E8%88%B0%E6%88%96%E9%9C%80%E9%80%BE111%E4%BA%BF
    ↩︎
  5. 大马国防贪腐风险高,国际透明打“丁等”评分,2021-11-6
    https://www.malaysiakini.com/news/599416
    ↩︎
  6. 濒海战斗舰项目拖延 海军:影响战力打击士气,2022-8-6
    https://www.enanyang.my/要闻/濒海战斗舰项目拖延-海军影响战力打击士气
    ↩︎
  7. 向希山发公开信列10理由 林吉祥促设皇委会查LCS丑闻, 2022-8-16
    https://www.themalaysianinsight.com/index.php/chinese/s/396593
    ↩︎
  8. 防长:彻查濒海战舰课题 承诺成立皇家调查委会, 2022-8-16
    https://www.kwongwah.com.my/20220816/%E9%98%B2%E9%95%BF%EF%BC%9A%E5%BD%BB%E6%9F%A5%E6%BF%92%E6%B5%B7%E6%88%98%E8%88%B0%E8%AF%BE%E9%A2%98-%E6%89%BF%E8%AF%BA%E6%88%90%E7%AB%8B%E7%9A%87%E5%AE%B6%E8%B0%83%E6%9F%A5%E5%A7%94%E4%BC%9A/
    ↩︎
  9. 希山慕丁:未决定成立皇委会 政府不再投入新资金, 2022-8-17
    https://www.sinchew.com.my/20220817/lcs%E5%BC%8A%E6%A1%88-%E5%B8%8C%E5%B1%B1%E6%85%95%E4%B8%81%EF%BC%9A%E6%9C%AA%E5%86%B3%E5%AE%9A%E6%88%90%E7%AB%8B%E7%9A%87%E5%A7%94%E4%BC%9A-%E6%94%BF%E5%BA%9C%E4%B8%8D%E5%86%8D%E6%8A%95%E5%85%A5/
    ↩︎
  10. Segerakanlah atau UMNO BN akan tewas PRU,2022-8-20
    https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/pfbid0PjiPE7Mfb9qeJ3F3L478pvM2n51zu4UNqewZCMg7oghNn2SSTL8WisN45mCFzg7wl
    ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758