• Home
  • Kerajaan Digesa Pelihara Alam Sekitar, Lindungi Sireh Park

Kerajaan Digesa Pelihara Alam Sekitar, Lindungi Sireh Park

Sebahagian tanah daripada taman warisan semula jadi yang terbesar di Malaysia (Sireh park) akan digunakan untuk tujuan perniagaan. Saya berharap pihak kerajaan Johor dapat menjaga kehijauan alam sekitar kita supaya tidak berkorban untuk pembangunan perniagaan.

Taman Sireh merupakan pertama taman warisan semula jadi yang terbesar di antara Malaysia. Lokasinya di dalam daerah Iskandar Puteri dan penduduk di sekelilingya tertarik terhadap kawasan itu. Tetapi menurut Rancangan tempatan Daerah Johor Bahru dan Kulai  2025, 14.02 hektar (5.84%) daripada  Taman Sireh. akan digunakan sebagai unit perniagaan.

Taman Sireh bukan pertama kali digunakan oleh pihak kerajaan Johor untuk tujuan lain. Pada 8-5-2014, pihak kerajaan Johor bersetuju menggunakan 103.45 ekar daripada 650 ekar kepada 343 ekar untuk tujuan pembangunan perumahan.

Ini menimbulkan kerisauan kepada rakyat adakah kerajaan negeri mempunyai niat menjamin keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar supaya dapat menjamin pembangunan mampan Negeri Johor.

Menurut Rancangan tempatan Daerah Johor Bahru dan Kulai  2025 (Penggantian), Taman Sireh merupakan tempat yang sesuai untuk pembangunan perdagangan dan dapat memperbanyakkan  peluang pekerjaan baharu. Tetapi tempat lain yang berhampiri Taman Sireh seperti Horizon Hill, Nusa Idaman, Medini dalam keadaan kekosongan dan tempat perumahan serta perdagangan juga dalam keadaan terbiar.

Menurut laporan yang disediakan oleh pihak Iskandar Puteri pada tahun 2018, mempunyai 5458 buah unit rumah dalam daerah Iskandar Puteri. Kalau empat orang seunit, jumlahnya sudah dua puluh ribu orang penduduk tetapi sekarang hanya mempunyai lima ribu orang penduduk telah tinggal dalam daerah tersebut. Maksudnya, jumlah ini masih belum sampai keperluan pembangunan perdagangan dan perumahan.

Bukan sahaja bandar raya kita perlu dikembangkan, pihak kerajaan kita juga harus memelihara taraf kehidupan penduduk terutamanya kepentingan semula jadi terhadap seseorang di sekililingi kita. Hal ini dapat mengurangkan pengeluaran CO2 supaya boleh meningkatkan kualiti udara kita.

Walaubagaimanapun, daerah tersebut belum sampai keperluan untuk pembangunan perniagaan.  Oleh sebab itu, kawasan tersebut tidak dapat membawa manfaat terhadap kehijauan alam sekitar serta pembangunan mampan negeri kita dan akan menjejas pertumbuhan hartanah di sekelilingnya.

Semasa kementerian Pakatan Harapan, saya mendorong pertubuhan majlis korban rendah, sebagai platform penasihat pembangunan bandar raya untuk menjadikan Johor sebagai sebuah bandar rendah karbon. Ini boleh menjaminkan taraf kehidupan penduduk Johor dan juga menjadi contoh pembangunan mampan di dalam Malaysia.

Justeru, pihak kerajaan Johor perlu mempunyai rancangan yang teliti dengan kaedah yang berkaitan dengan bandar rendah karbon seperti kehijauan alam sekitar, cara menghadapi perubahan iklim dan lain-lain. Kehijauan alam sekitar tidak patut berkorban untuk pembangunan perniagaan.

    Sumber Gambar Cover: Persatuan Bangsa Johor

    leave a comment

    No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758