• Home
  • Kerajaan Digesa Meningkatan Kuota VTL Sehingga 10 Ribu Orang Setiap Hari

Kerajaan Digesa Meningkatan Kuota VTL Sehingga 10 Ribu Orang Setiap Hari

Ramai pengembara Malaysia yang ingin balik ke Malaysia dari Singapura untuk meraikan perayaan Tahun Baru Cina berasa kecewa susulan pengumuman kerajaan mengurangkan 50 peratus kuota untuk skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin, (VTL) Darat dan Udara, Singapura-Johor Bahru dari 21hb Januari 20221.

Ini bermaksud hanya sebahagian kecil daripada warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura berjaya membeli tiket balik ke Malaysia bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina dengan keluarga tidak dapat berjumpa selama 2 tahun akibat penutupan sempadan untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

Saya menyeru Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan YB Wee Ka Siong mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Kerajaan Singapura supaya kuota VTL dapat ditingkatkan ke 10 ribu orang setiap hari. Kerajaan Malaysia dan Singapura digesa meningkatkan kapasiti VTL dengan mematuhi saintifik pencegahan Covid supaya lebih ramai pengembara Malaysia dapat balik ke Malaysia dengan selamat.

Walaupun banyak negara dilanda varian Omicron, namun kes Covid mulai stabil hampir satu bulan dan keadaan kes positif harian masih dalam keadaan terkawal (Rajah 1 dan 2),  kadar kematian dan kemasukan ke hospital akibat Covid juga dalam keadaan stabil. Tambahan pula, kadar vaksinasi antara 2 negara juga melebihi 80 peratus populasi (Rajah 3). 

Rajah 1

Rajah 2

Rajah 3

Banyak negara telah melonggarkan sekatan perjalanan sempadan negara berdasarkan saintifik pencegahan Covid yang belajar daripada pengalaman 2 tahun. Saya memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Malaysia dan Singapura sekiranya mereka mengetatkan ujian saringan Covid-19 terhadap pengembara Malaysia yang pulang dari Singapura. Walaupun kos untuk menjalankan ujian saringan tidak murah, namun mereka sanggup menanggung kos ujian saringan untuk berjumpa dengan keluarga yang berpisah sejak penutupan sempadan pada 18hb Mac 2020.

Ramai keluarga di Johor Selatan yang berpisah di Singapura dan Malaysia sudah dua tahun tidak dapat meneruskan tradisi makan besar keluarga pada masa merayakan Tahun Baharu Cina. Kegembiraan berjumpa semula sekeluarga tidak dapat diganti dengan Dolar Singapura. Kawasan Parlimen Menteri Kesihatan dan Menteri Pengangkutan juga terletak di Selatan Malaysia, mereka pasti pernah mendengar aduan dan harapan penduduk tentang isu ini.

Dari segi ekonomi, Kerajaan Malaysia perlu lebih giat berbincang dengan Kerajaan Singapura supaya meningkatkan kuota VTL untuk pengembara Malaysia bagi membantu peniaga kecil tempatan memulihkan perniagaan yang terjejas akibat Covid. 

Sebanyak 300 ribu orang Malaysia ulang alik setiap hari ke Singapura sebelum pandemik Covid-19, antaranya lebih kurang 120 ribu orang Malaysia menggunakan perkhidmatan bas berulang-alik Singapura-Johor Bahru. Justeru, selepas saya berbincang dengan pengusaha bas, mereka mampu menampung peningkatkan kuota VTL sehingga 10,000 orang setiap hari terutama 10 hari sebelum dan selepas Tahun Baru Cina.

Sebagaimana pengetahuan umum, kuota VTL-Udara yang ditetapkan adalah sebanyak 2800 orang, manakala kuota VTL-Darat akan kurang daripada 1000 orang sejak 21hb Januari 2022. Kuota yang diberikan tidak dapat menampung jumlah besar orang yang balik ke Malaysia dari Singapura. Justeru, kerajaan digesa memberi pelbagai pilihan seperti kereta api dan kenderaan persendirian ulang alik melalui VTL supaya lebih ramai pengembara Malaysia dapat merayakan perayaan Tahun Baru Cina dengan keluarga.

Sekiranya kereta api antara Johor Bahru dan Singapura boleh menampung 240 penumpang dan setiap hari berulang–alik 10 kali, lebih kurang 2,400 orang dapat balik ke Malaysia dari Singapura. Pada masa yang sama, tiada kesusahan teknikal memberi ujian saringan RTK-Ag melalui pintu masuk stesen kereta api dengan mencontohi model Stesen Perhentian Bas Larkin.

Selain itu, kedua-dua negara perlu melonggarkan kebenaran kereta persendirian merentasi sempadan Singapura-Malaysia dengan memohon Skim VTL kerana risiko penularan Covid melalui kereta persendirian amat rendah dengan mematuhi SOP berkenaan. 

  1. Nota:Kuota VTL-Darat adalah sebanyak 1,440 orang, boleh rujuk kepada【 https://www.thestar.com.my/news/nation/2021/11/22/land-vtl-to-benefit-1440-people
    ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758