• Home
  • Kerajaan Digesa Meneruskan Siasatan Dan Membentangkan Hasil Siasatan Mengenai Dakwaan “Duit Kopi” Oleh Warga Singapura Di Kastam Malaysia

Kerajaan Digesa Meneruskan Siasatan Dan Membentangkan Hasil Siasatan Mengenai Dakwaan “Duit Kopi” Oleh Warga Singapura Di Kastam Malaysia

Media Singapura, Shin Min Daily News pernah melaporkan bahawa dakwaan sebuah keluarga Singapura diminta “duit kopi” oleh pegawai kastam akibat passport tidak ada cop kemasukan yang disebabkan tiada pegawai bertugas di kaunter kastam.1

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah memberi komen di bawah facebook berita tersebut yang bertarikh 11hb. Mei 2022 dengan mengatakan beliau mengambil serius dan akan memerintah pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

Namun begitu, masih tiada hasil siasatan dapat dibentangkan kepada umum oleh pihak kerajaan selepas 3 bulan dakwaan tersebut berlaku.

Bawah ruangan facebook berita tersebut, ramai warga Singapura juga mendakwa bahawa kes “duit kopi” dan tiada pegawai di kaunter kastam sering berlaku.

Sekiranya dakwaan tersebut masih belum diselesaikan dan masih kerap berlaku, ia akan mencalarkan imej Malaysia.

Justeru, saya menggesa pihak kerajaan meneruskan siasatan dan laporan siasatan dapat didedahkan kepada orang ramai selepas siasatan selesai supaya kes sebegini tidak berulang lagi.

Sumber Gambar Cover:Shin Min Daily News

  1. Singaporean family drives past JB checkpoint ‘without clearance’, claims Customs officer asked for $127 ‘coffee money’, 2022-5-12
    https://www.asiaone.com/singapore/singaporean-family-drives-past-jb-checkpoint-without-clearance-claims-customs-officer
    ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758